in

“Selalu gantung dekat dinding” – Individu Ingatkan Elak Masuk Kedai Makan Jika Ternampak Lakaran Ni

kedai makan wafaq pelaris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan pelaris bagi menarik pelanggan untuk mengunjungi sesebuah kedai makan sering kita baca dan dengar sejak dulu lagi dan hal ini masih dilakukan hingga sekarang.

Seperti perkongsian tular di laman X baru-baru ini, seorang individu menasihati orang ramai untuk menjauhkan diri ke kedai yang menggunakan pelaris.


Katanya, kaedah pelaris yang popular ialah lukisan bernama wafaq, yang mengandungi ayat-ayat tertentu seperti nama-nama Allah, huruf Arab, simbol geometri dan kalimah suci al-Quran.

GBsx8B aAAEB3Mb

“Wafaq biasanya digantung dalam bingkai di dinding, di atas pintu dan tingkap, diikat pada tiang rumah, disimpan dalam bekas dan diletakkan tinggi di dalam rumah atau bilik,” katanya.

Tambahnya lagi, hukum menyimpan wafaq adalah haram dan penggunaan pelaris sebegitu antara punca mengundang gangguan jin pada diri dan rumah.

https://twitter.com/MySantaiTv/status/1737037008554606655

“Jika ada disimpan, sebaiknya dihapuskan. Jika dirumah ada simpan dan ada gangguan pada diri atau ahli keluarga, bawa wafaq ini bersama untuk dihapuskan kemudian diruqyah,” katanya lagi.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi, ramai yang berkongsi pengalaman pernah berkunjung makan di kedai yang menggunakan pelaris.

Selain itu, ada yang mengatakan terdapat kedai makan menggunakan gambar tokoh seperti gambar seorang sultan yang dipercayai digunakan sebagai pelaris perniagaan.

Screenshot 2023 12 21 113821 Screenshot 2023 12 21 114145 Screenshot 2023 12 21 114419 Screenshot 2023 12 21 113750

Hati-hati semua. Lepas ni kena check kedai dulu sebelum makan.

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.