Mungkin ia satu perkara yang biasa untuk orang-orang yang sudah biasa mendaki gunung, tapi ia boleh dikatakan satu info baru buat mereka yang berjinak-jinak dan ingin cuba aktiviti ini.
Pengguna TikTok yang menggelarkan dirinya Apeng Speedcuber ada kongsikan beberapa tips jika anda ingin mendaki gunung, salah satunya adalah dengan tidak menyembur minyak wangi jika ingin hiking, nak tahu sebab kenapa?
1. Serangga akan suka dekat
Menurutnya, bauan yang ada pada kita itu mampu menarik perhatian serangga kecil, biasalah kan dalam hutan mesti banyak nyamuk dan serangga-serangga lain, pasti rasa rimas kan? Selain itu, kebarangkalian untuk disengat itu sangat tinggi.
2. Ancaman binatang buas
Tambahnya lagi, selain haiwan-haiwan yang kecil, haiwan yang besar juga akan ‘suka’ dengan kita kalau spray perfume, misalnya harimau atau beruang. Katanya, ada kemungkinan dia anggap kita ini makanan atau ‘lawan’ mereka.
3. Mungkin boleh jadi tarikan makhluk halus
Bukan sahaja ‘benda’ yang kita boleh nampak, kita juga mungkin boleh jadi tarikan dekat ‘benda’ yang tak nampak. Ini lagi bahaya, boleh hadam penjelasannya dekat video bawah ni.
@apengslowcuber Tips Hiking : Jangan pakai minyak wangi masa HIKING!
Bagaimanapun, bukan lah kita dilarang terus untuk pakai wangian, cuma perlu minimakan tahap wangian itu, seperti yang pemuda ini katakan, memakai deodorant sudah memadai. Yelah, dengan peluh-peluh tu kang orang belakang pening dan pengsan pulak kan.
Selain tips jangan pakai minyak wangi, banyak lagi tips-tips hiking yang dia ada kongsikan menerusi TikTok miliknya.