in

“Sekejap je Allah pinjamkan mama untuk adik” – Kilafairy Puas Dapat Jaga Rohana Jalil Dari Awal Hingga Akhir

rohana jalil kilafairy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang anak, pelakon Kilafairy berasa puas dapat mencurahkan bakti menjaga arwah ibunya iaitu Rohana Jalil sehingga penghujung hayatnya.

Biarpun diselebungi perasaan sedih, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan tetap reda apabila arwah yang juga penyanyi popular era 80-an menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada jam 11.34 malam tadi.


“Sekejap je Allah pinjamkan mama untuk adik dekat dunia ni. Hari yang saya takut telah datang.

“Tiada pilihan, terpaksa berhadapan dalam dunia ‘kejam’ ini tanpa mama,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

Tambahnya, dia bersyukur dapat melaksanakan tugas sebagai seorang anak dengan memandikan jenazah dan menyempurnakan pengebumian ibunya.

“Dia pergi pun pada hari yang baik, 10 hari yang penting dalam setahun. Kita tahu dia pergi dalam keadaan baik.

“Saya sentiasa berada di sisinya sepanjang dia menerima rawatan. Mungkin sebab itu saya rasa tenang sebab sebagai anak saya sudah buat yang terbaik,” katanya seperti yang dipetik dari mStar.

Dalam pada itu, Kila mengatakan akan merindui semua perkara tentang ibunya memandangkan dia anak paling rapat dengan arwah.

dfh444 1687322885

Pegang pesanan arwah

Setiap pesanan ditinggalkan Allahyarham akan disemat dalam hati selain berjanji akan melaksanakan hasrat Rohana yang belum kesampaian.

“Mama selalu pesan supaya sentiasa berpijak pada tanah, setinggi mana pun saya pergi kalau nampak orang lebih tua salam dan cium tangan.

“Pesanan-pesanan seperti itu yang akan saya pegang selamanya,” jelasnya.

Terdahulu, Allahyarham Rohana dimasukkan ke HCTM, UKM sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus. Ia menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

Baca: Suami Rohana Jalil Ingin Ambil Tindakan, Kematian Isteri Didakwa Berpunca Dari Pembedahan
rohana jalil suami

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.