in

“Sekarang dah makin kurang ajar” – Waheeda Tegur Rakan Artis Promosi Lagu Raya Awal Ramadan

waheeda tegur rakan artis promosi lagu raya ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Wassini’, Waheeda tampil menegur segelintir anak seni yang didakwa seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.

Waheeda atau nama sebenarnya, Norwahidah Abdul Wahab, 47, turut menyatakan rasa kecewa dengan pemakaian sesetengah artis yang terlalu terdedah tanpa menghiraukan sensitiviti ramai.


Artikel berkaitan: ‘Menghilang’ Hampir Sedekad, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’?

Artikel berkaitan: Waheeda Tolak Dakwaan Suami Tak Bagi Menyanyi, Cerita Hal Sebenar Kenapa Berhenti Dunia Seni

“Saya ingin menyatakan sesuatu sebagai anak seni dan peringatan kepada rakan-rakan lain. Pada saya sekarang, ini sudah semakin kurang ajar.

“Sekarang, sebelum puasa dan masuk pertengahan Ramadan sudah mula bernyanyi lagu raya serta buat promosi.

“Bukan itu sahaja, dari segi keterampilan pun sudah tidak dijaga,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok.

Screenshot 2025 03 19 124053

Dalam pada itu, Waheeda turut menasihati rakan-rakan artis untuk meletakkan kepercayaan atas rezeki yang Allah kurniakan.

“Anak-anak seni takut nak kena keluarkan lagu awal sebab nak promosi? Kenapa, adakah sebab nak bersaing antara satu sama lain.

“Jadi, di mana keyakinan terhadap rezeki Allah? Allah yang naik dan juga turunkan (rezeki). Tukar mindset kita. Sampai bila masih nak berada di takuk lama?” tegasnya.

@ttyl.podcast

“WAHEEDA TEGUR PENGGIAT SENI” Berhibur tak salah, tapi bulan Ramadan ni setahun sekali je kan? Ayuh kekalkan kemuliaan Ramadan dengan melazimkan Al-Quran! For Nuzul Quran edition of StoryMorehTTYL, our very own #TTYLReligi podcaster, @officiallywaheeda shares her thoughts on honoring Ramadan and anticipating Lailatul Qadr. In this digital time capsule, we’re capturing one-minute Ramadan & Raya stories from 2025 / 1146H. Stay tuned for more fascinating story-mory from everyday people! #StoryMorehTTYL #timecapsule #ramadanrayastories

♬ original sound – TTYL : Talk To You Later – TTYL : Talk To You Later

Selain itu, Waheeda menyatakan teguran yang dibuat agar mereka berubah dan menghormati bulan suci dalam agama Islam.

“Harapnya selepas ini biarlah lebih baik sebab khuatir, kalau macam inilah Ramadan sekarang, kita tak tahu apa akan jadi Ramadan tahun hadapan.

“Sedih sebab bulan al-Quran tetapi tidak dihormati,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan teguran Waheeda dan berharap para penggiat seni dapat menghormati bulan yang mulia ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.