Zaman sekarang ni, hobi mendengar lagu memang menjadi kegemaran orang ramai terutama golongan muda. Tak kisahlah daripada lagu era zaman 90-an atau yang terkini, pasti ada peminatnya di kalangan kita termasuk lagu-lagu yang tengah trending seperti lagu ‘Malampagi.’
Pada 30 September yang lalu, telah tular satu hantaran di Facebook mengenai seorang lelaki yang mendakwa lagu ‘Malampagi’ ada unsur lucah dan maksiat yang disampaikan dalam lirik dan video lagu tersebut.
Menurutnya, lagu viral nyanyian MK K-Clique dan Saixse itu memang bermasalah. Sebabnya, lirik itu ditulis mengenai seorang pemuda fasik yang hidup penuh dengan kegiatan maksiat disebabkan kekecewaan yang mendalam asbab putus cinta.
Artikel berkaitan: “Siap menari!” – Netizen Terpegun Tengok Yasin Senario Buat Persembahan Lagu ‘Cari Tapak’ Dengan Band Indie
Tambahnya lagi, setelah bertabayyun maksud dan lirik dalam lagu, dia pasti bahawa lagu ni benar seperti tanggapannya. Sebabnya, dalam video lagu itu terdapat babak tari-menari dan adegan yang tak senonoh di dalam bilik.
“Saya cuba bertabayyun, tidak mahu memfitnah. Dugaan saya benar. Lagu ini memang cabul. Ada babak tari-menari, berpesta, dan adegan berdua-duaan di atas katil dalam bilik antara lelaki dengan perempuan.”
Pada masa yang sama, dia meluahkan kerisauannya terhadap pemikiran peminat lagu ini yang ramainya daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang sedang membesar. Apa yang lagi menyedihkan, lagu yang bercanggah dengan ajaran Islam itu telah dinyanyikan oleh orang Islam sendiri.
Berikutan dengan hantaran ini, ramai netizen setuju dengan pendapat lelaki ini yang mengatakan lagu ini mampu merosakkan anak-anak dengan budaya yang tidak elok.
Artikel berkaitan: Lagu Tular Sebab Abang Tesla, Penyanyi Asal Kini Sedang Lumpuh Separuh Badan Akibat Strok
Walau bagaimanapun, ada netizen yang menganggap lagu ini merupakan kesilapan yang fitrah oleh penyanyi dan menganjurkan untuk tidak menghakimi orang lain atas kesalahan yang dilakukan.
Sumber: Facebook