in

“Sekadar bergurau” – Kes Sembang Dad*h Ketika Live Di TikTok, 2 Remaja Nafi Ambil ‘Barang’

remaja live tiktok dadah

Dua individu iaitu seorang remaja lelaki dan wanita telah ditahan polis Melaka susulan rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat rakan berkaitan dadah.

Memetik laporan Kosmo!, kedua-dua mereka yang berusia 17 dan 18 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang di Batu Berendam serta sekitar Jasin, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil soal siasat mendapati perbualan mereka adalah rentetan daripada sebuah filem ditonton yang memaparkan adegan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Artikel berkaitan: Individu Bangga Buat ‘Live’ TikTok Tayang Plastik Dad*h, Netizen Gesa Polis Tangkap Pelaku

Artikel berkaitan: Ada Pihak Guna Dron Untuk Seludup Dadah Ke Dalam Penjara Tapah

Kedua-dua individu tersebut telah membuat penafian mengenai penyalahgunaan dadah dan mendakwa perbualan itu hanyalah gurauan bersama rakan-rakan.

Tangkap layar video tular empat individu berbual mengenai dadah menerusi siaran langsung di aplikasi media sosial baru baru ini

Polis memaklumkan semakan rekod juga mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah lampau.

Bukan itu sahaja, remaja terbabit juga telah membuat satu laporan polis untuk keselamatan diri kerana telah menerima kecaman daripada netizen selepas klip video ditularkan.

Difahamkan, individu-individu yang dipanggil memberi keterangan telah dilepas serta dibebaskan tanpa syarat.

Bagaimanapun, kes berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo!, Harian Metro