Letusan Gunung Semeru yang berlaku pada 4 Disember lalu telah mengejutkan seluruh warga Indonesia serta masyarakat sekitarnya. Tragedi ini pasti mengumpul banyak kisah pilu yang dialami sendiri oleh warga setempat
Dilaporkan, letusan tersebut telah mengorbankan puluhan nyawa dan antaranya ialah Rumini dan ibunya Salamah.
Lebih memilukan, kisah seorang gadis berusia 28 tahun dikenali sebagai Rumini yang telah terkorban bersama ibunya, Salamah yang berusia 70 tahun. Jasad mereka telah ditemui berpelukan didalam timbunan abu asap letusan di rumah mereka, di Desa Curah Kobokan, Kecamatan Candipuro, Lumajang.
Menurut warga setempat, semasa letusan berlaku Rumini sudah pun mengalami dilema sama ada untuk menyelamatkan diri atau menemani ibunya yang uzur itu menghadapi letusan tersebut.
Namun, dia memilih untuk tetap berada di sisi ibunya sehingga ke akhir hayat. Kisah ini pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam bagi semua masyarakat terutamanya warga setempat yang mengenali mereka.
Baru-baru ini, viral sebuah video di laman TikTok dikongsikan oleh @tatazie yang mengandungi ilustrasi yang bertulis “dia yang dirindukan syurga” serta gambaran keadaan Rumini bersama ibunya ketika letusan itu berlaku.
@nooraarief Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun , Mbak rumini ditemukan meninggal dunia dirumahnya, berpelukan dgn ibunya ??? #semeru #semerumeletus
Salamah: Lari aja kamu, ibu sudah tua, sudah, ibu di sini saja.
Rumini: Enggak bu, kakiku ini bisa lari. Tapi hati ini gak sanggup ninggalin ibu sendirian.
Beginilah gambaran perbualan Rumini bersama ibunya ketika di saat-saat akhir hayat mereka yang ditunjukkan di dalam video dengan menggunakan bahasa Jawa.
Perkongsian video tersebut telah pun meraih jumlah tontonan sebanyak 9.1 juta penonton serta 837.1 ribu like. Ramai juga yang meninggalkan komen turut berduka dengan apa yang terjadi kepada warga Indonesia terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan yang terkesan dengan bencana itu.
Namun yang menjadi perhatian, ramai yang memuji sifat mulia Rumini ini yang langsung tidak berganjak meninggalkan ibunya sendirian ketika letusan itu berlaku.
Sifat mulia tersebut haruslah kita contohi sebagai seorang anak dan sama-samalah kita mengirimkan doa buat kedua-duanya serta mangsa korban yang lain.
Sumber: Suarabekaci.id