in

Siap Sedia Untuk Akhiri Tahun 2024 Dengan Tawaran Grab Yang Berbaloi!

Ft Grab December

Siapa je yang tak suka nikmati makanan sedap, shopping dengan mudah, atau travel tanpa stress, kan? Dengan hujung tahun yang semakin dekat ni, korang yang ada aplikasi Grab tolonglah check dan explore aplikasi korang tu.

Bukan apa, ramai install Grab tapi tak ramai yang gunakan sepenuhnya. Jadi, apa kata korang akhiri tahun 2024 dengan ‘lenjan’ segala offer yang ada dalam aplikasi tersebut. Sebagai contoh, ada banyak tawaran hebat yang ‘tersembunyi’ dan confirm buat korang teruja!

Sekarang ni adalah masa terbaik untuk manfaatkan semua deals yang ada. Jom kita tengok apa yang best yang ditawarkan oleh Grab sempena hujung tahun ni.

Unnamed 32

1. GrabUnlimited

Selaku pelanggan GrabUnlimited, memang banyak sangat penjimatan yang korang boleh dapat. Antaranya :

✔️ Penghantaran PERCUMA

✔️ Promosi Bulanan Eksklusif di GrabFood & GrabMart 

✔️  Diskaun 35% GrabFood, pilih daripada lebih 10,000 restoran

✔️ Diskaun 10% untuk pesanan Ambil Sendiri dan banyak lagi!

Kalau korang selalu guna Grab untuk makan, shopping, atau travel, korang subscribe je GrabUnlimited.

Unnamed 70

Sekarang ni ada promosi langganan GrabUnlimited dengan hanya RM3.99 sebulan. Nak dapatkan lebih penjimatan, korang pilih langganan setahun terus!

2. GrabFood 

Untuk korang yang selalu gunakan Grab untuk membuat pesanan makanan melalui GrabFood korang boleh juga dapatkan pelbagai tawaran menarik Disember ini.

Antaranya :

Unnamed 41

    • GrabFood Group Order: Korang boleh order makanan kegemaran untuk diri sendiri atau guna feature Group Order kalau nak makan ramai-ramai dan dapat lebih banyak penjimatan! Lagi ramai yang buat pesanan dalam ‘group’ tu lagi banyak diskaun yang akan diterima, sebanyak ekstra 15%!

    Sebagai contoh, korang boleh dapat diskaun tambahan 15% dan paling best, ia boleh digunakan bersama tawaran-tawaran lain di Grab.

    Pesan sekarang di : https://grb.to/groupordersocial

Unnamed 43

GrabFood Dine Out Deals: Selain buat pesanan, korang juga boleh dapatkan pelbagai tawaran menarik apabila makan di luar musim cuti ini dengan  tawaran Dine Out Deals! Korang boleh ikuti langkah di bawah ni dan dapatkan diskaun sehingga 20% pesanan korang di kedai.

3. GrabMart 

Tak sempat beli barang dapur atau hadiah? Jangan risau, GrabMart ada semua yang korang perlukan, dihantar terus ke pintu rumah! Kalau korang jenis yang keluar rumah awal pagi, balik rumah lewat malam, memang patut gunakan GrabMart je.

Unnamed 45

Korang boleh buat pesanan dan barangan akan terus dihantar dekat korang. Disember ni, dapatkan lebih penjimatan dengan setiap pesanan GrabMart. Boleh dapat diskaun RM12 dan ekstra diskaun  RM8 sekiranya korang gunakan kaedah pembayaran PayLater by Grab!

4. PayLater by Grab
Rasa serba salah nak berbelanja lebih untuk hujung tahun? Jangan risau, dengan PayLater by Grab, korang boleh menikmati kemudahan membeli sekarang, bayar kemudian!

Unnamed 46

Apa yang menarik tentang PayLater by Grab:

  • Flexibiliti Pembayaran: Korang boleh pilih untuk bayar secara ansuran bulanan (4,8 atau 12) atau bayar penuh pada hujung bulan tanpa caj faedah (jika tepat waktu).
  • Had Pembayaran Tambahan: Sesuai untuk perbelanjaan hujung tahun, korang boleh gunakan PayLater untuk shopping, makan, atau travel tanpa risau terlebih bajet.

Dengan gunakan kod promosi PLSALE, korang boleh menikmati potongan RM30 dengan perbelanjaan minima RM200 untuk jenama-jenama tertentu.

5. GrabCar

Unnamed 44
Nak ke mana-mana dengan bajet yang mesra poket? Grab ada jawapan dia. Lagi-lagi kalau korang punya aktiviti seharian memerlukan korang sering keluar pejabat atau rumah, guna Grab je lebih mudah. Tak payah pening nak hadap kesesakan lalu lintas atau mencari parkir nanti.

Dengan gunakan pilihan GrabCar Saver semasa membuat pesanan, korang akan terima pilihan ride lebih mudah dan selesa. Paling best, mestilah penjimatan sehingga 20% dengan pesanan

Selain itu, korang juga boleh dapatkan diskaun untuk ride ke airport – confirm korang boleh travel dengan lebih selesa dan jimat!

Jadi, tunggu apa lagi? Tidak kiralah korang ada plan nak adakan jamuan dekat pejabat, nak hantar hadiah dekat pasangan atau nak beli barangan keperluan harian, semuanya boleh dilakukan menggunakan Grab.

Korang jangan ketinggalan untuk dapatkan semua tawaran menarik ni dan boleh tengok banyak lagi tawaran dan penjimatan yang korang boleh dapati di Grab sempena akhir tahun ini. 

Muat turun aplikasi Grab sekarang dan pastikan korang explore semua tawaran yang ada sebelum hujung tahun ni. Happy shopping, makan, dan travel!