in

“Sedap tu sekejap sangat dik… Merana tu yang lama..” – Pelajar 16 Tahun Ditangkap Khalwat Ketika Ibu Bapa Tiada Di Rumah

feature 4 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes tangkap khalwat sudah seringkali menjadi bahan perbualan masyarakat Melayu khususnya. Kali ini, remaja yang masih mentah pula dicekup berkhalwat di sebuah rumah di Kedah. Ish, macam-macam pulak perangai remaja zaman sekarang kan. 

Dua remaja yang berumur 16 tahun telah ditangkap khalwat di rumah remaja lelaki tersebut hari ini, lapor Harian Metro. Maknanya diorang ponteng sekolah la ni? 


Kedua-dua remaja yang masih lagi bersekolah itu dikatakan telah berdua-duaan ketika ibu bapa remaja lelaki itu tiada di rumah di Anak Bukit, Alor Setar. Adoi, dik kenapa lah buat benda tak elok ni? 

remaja tangkap khalwat

Pasangan remaja ini telah dicekup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Pejabat Agama Daerah Kota Setar (PADKS) setelah menerima laporan daripada penduduk berdekatan rumah tersebut.

Ketika ditemui oleh JAIK, remaja lelaki itu ditemui tidak berbaju dengan hanya berseluar pendek manakala remaja perempuan pula berpakaian lengkap.

Keluarga kedua-dua mereka telah pun menjamin anak masing-masing supaya dibebaskan.

Jika disabit kesalahan, kedua-dua boleh dipenjara dua tahun atau didenda RM3,000 atau kedua-duanya sekali kerana kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Ada netizen yang berterima kasih dengan jiran yang prihatin kerana telah menjalankan tanggungjawab menghentikan perbuatan yang boleh merosakkan masa hadapan kedua-duanya. Betul tu, kalau tak, taktau la apa jadi. 

 

tangkap khalwat 1

 

remaja tangkap khalwat 2

Tak pasal-pasal kena penjara atau kena bayar denda nanti dik oi. 

 

Baca: Padahal Nak Berkhalwat, Wanita Bagi Alasan Pergi Rumah Tunang Untuk Isi Borang Kahwin

tangkap khalwat

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.