Susulan pendedahan Diana Danielle mengenai anak perempuannya, Nur Aurora yang dikatakan trauma sehingga menyebabkan dia tidak mengizinkan Farid Kamil daripada bersemuka dengan anak-anaknya.
Melalui ruangan komen di Instagram @officialhlive, adik kepada Farid, Fadzil Zahari telah tampil mempersoal kenyataan Diana dengan meninggalkan sebuah komen di atas perkongsian video Diana selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Adik Farid Kamil persoal Diana
Menurut laporan BH Online, Fadzil berkata, antara sebab dia meninggalkan komen itu adalah kerana dia keliru dengan apa yang cuba disampaikan Diana.
“Saya tinggalkan komen kerana kenyataannya tidak jelas dan tergantung. Bukan sebab ia mencalarkan nama abang saya. Saya melihat video itu, tak bagi jumpa anak sebab trauma. Itu yang saya tanya, anak trauma sebab apa?”
“Ini kerana sebelum ini saya lihat anak-anaknya okay sahaja keluar bersama Farid tanpa ibunya di sisi. Sekiranya anak-anak takut dengan bapa atau tidak rapat, tentu mereka tidak selesa untuk keluar bersama Farid,” jelasnya.
Sebelum ini, Fadzil turut akui dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku antara abangnya dan Diana itu.
Farid juga tak tahu apa sebab Aurora trauma?
“Hubungan saya dan anak-anak rapat. Tak tahu apa yang dia (Aurora) traumakan,” kata Farid.
Demikianlah jawapan yang dilontarkan oleh Farid apabila ditanya mengenai kenyataan isterinya yang mendakwa Aurora mengalami trauma sehingga menghalang Farid daripada berjumpa dengannya.
Tambah Farid, dia sendiri tidak tahu mengapa seorang ayah dihalang daripada berjumpa anak-anaknya sejak hampir sebulan yang lalu.
Pada masa yang sama, Farid tidak tahu keberadaan Aurora dan abangnya, Muhammad dan menyerahkan dakwaan-dakwaan tersebut untuk pertimbangan mahkamah, lapor Utusan.
Apapun semoga baik-baik sahaja untuk semua pihak..
Baca : Farid Kamil Dakwa Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang