in

Sebahagian Lorong Di Lebuhraya NKVE Akan Ditutup Selama 7 Bulan! Ini Sebabnya

Penutupan Lorong NKVE 7 Bulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekiranya korang merupakan pengguna Lebuhraya Baru Lembah Klang atau NKVE, adalah diingatkan bahawa akan berlakunya penutupan sebahagian daripada lorong di lebuhraya berkenaan selama 7 bulan bermula 30 Mac 2023.

Penutupan sebahagian lorong berkenaan akan berlaku di KM11.25 antara Shah Alam dan Subang menghala ke utara berikutan kerja-kerja naik taraf jambatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) oleh pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS).


Menurut sidang media PLUS, pengguna yang akan terjejas adalah mereka yang menggunakan laluan ini pada waktu malam. Ini kerana, penutupan lorong berkenaan akan dilakukan pada jam 10 malam sehingga 5 pagi selama 7 bulan.

Dalam masa yang sama, kerja-kerja yang dinyatakan turut akan bermula pada waktu malam sahaja supaya mengurangkan gangguan kepada pengguna.

Menurut Pengurus Besar PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, penutupan lorong berperingkat akan diaktifkan pada waktu malam antara KM10.5 dan KM11.3 NKVE.

Screenshot 14 1

“Lorong tersebut akan dibuka semula sepenuhnya kepada pengguna mulai jam 5 pagi”

Dalam sidang media tersebut, Yusuf turut menjelaskan penutupan berperingkat dan kerja yang dilakukan sebelah malam tersebut adalah bagi memastikan tiada gangguan kepada aliran trafik terutamanya pengguna jalan raya pada waktu puncak.

1IMG 20230328 111506

Tambahnya, kerja-kerja naiktaraf berkenaan akan meninggikan jambatan KTMB yang sedia ada di kawasan tersebut daripada 4.5 meter kepada 5.4 meter bagi membolehkan gerabak dengan muatan lebih besar dapat melalui kawasan berkenaan.

Jelasnya lagi, kerja-kerja tersebut tidak akan dijalankan 10 hari sebelum dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengguna PLUS disarankan supaya merancang perjalanan masing-masing menggunakan aplikasi PLUS dan sentiasa mematuhi arahan dan papan tanda yang diletakkan sepanjang tempoh pembinaan.

Baca : EKSKLUSIF: Kerajaan Nak Kurangkan Monopoli Touch N Go, Apa Kata Netizen?

feat

Sumber: Google Map
Sumber: PLUS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.