Beberapa hari lepas, enam tertuduh yang menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hakim mahkamah turut menyifatkan kes tersebut adalah jenayah kejam dan jarang ditemui.
Punca sebab dituduh curi laptop
Menerusi kronologi kes, sebuah komputer riba telah hilang di Universiti Pertahanan Awam Malaysia (UPNM) dan satu khidmat bomoh telah digunakan bagi mencari dalang kecurian tersebut. Kata bomoh yang bernama Abdullah Md Seh, dia mendapat petunjuk tersebut selepas mengadakan solat hajat dan solat sunat istikharah.
Artikel berkaitan: Kronologi Kes Pembunuhan Kadet Zulfarhan Yang Bermula Dengan Kehilangan Sebuah ‘Laptop’
Artikel berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
Petunjuk datang dari gerak hati, nampak nama. Saya ada guna ‘barang’ juga. Nama Zulfarhan Osman nampak, timbul pada pandangan saya.
Dalam keterangannya, Abdullah yang juga bapa kepada salah seorang bekas penuntut UPNM yang didapati bersalah itu berkata dia sudah berpesan kepada anaknya serta rakan yang lain supaya menyelesaikan isu itu dengan cara yang baik kerana tiada bukti dalam kes berkenaan.
“Jangan percaya bomoh”
Pun begitu, seorang pendakwah Dr. Kamilin Jamilin telah meminta orang ramai supaya tidak mempercayai bomoh yang kononnya boleh menyelesaikan masalah menggunakan kuasa ghaib.
Patutnya sebut bomoh, dukun atau pawang ke.. dialah jadi punca sebab dia dapat isyarat bahawa mangsa telah mencuri laptop. Akhirnya kena belasah teruk sampai mati.
Sebab tu Nabi larang kita jumpa bomoh! Pawang, dukun, tukang ramal ke sama dan boleh jatuh syirik.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda orang yang merujuk bomoh dan seangkatan dengannya ini tidak akan diterima solatnya selama 40 hari.
Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam.
Menurutnya, jin-jin amat suka mencuri berita-berita daripada langit sebelum ia disampaikan kepada para bomoh yang menggunakan khidmat mereka.
Dia dapat curi, dia beri tahu sikit sebanyak kepada pawang atau bomoh.. cuma Nabi kata, di sebalik satu kebenaran atau berita betul yang mereka bawa, dia akan campur aduk dengan 100 penipuan, 100 pendustaan. Maksudnya, jin syaitan ni mesti akan cari juga peluang untuk nak sesatkan manusia.
Dr. Kamilin bagaimanapun menasihati umat Islam supaya menjauhi perkara khurafat dan syirik yang boleh merosakkan akidah dan tauhid.
@drkamilinjamilin Sebab Tu Nabi ﷺ Larang Kita Jumpa BOMOH! #IsuSemasa
♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin
Daripada percaya terus jadi kes bunuh… moga arwah Zulfarhan tenang di sana..
Sumber: TikTok