Nampak gayanya, perlawanan di antara skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya dan Korea Selatan pada aksi kumpulan Piala Asia masih menjadi bualan ramai.
Meskipun mengikat seri 3-3, tidak dapat dinafikan ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana pasukan Korea Selatan merupakan pasukan yang berada di tangga ke-23 dunia (FIFA) dan Harimau Malaya di tangga ke-130.
Artikel berkaitan: ”Kebanggaan negara” – Biarpun Tidak Mara Ke Peringkat Seterusnya, Kepulangan Skuad Harimau Malaya Dari Piala Asia Disambut Meriah
Artikel berkaitan: Seri 3-3 Dengan Korea Selatan, Bukan Pencapaian Terbaik Harimau Malaya! Ini 5 Kisah Gemilang Skuad Negara
Antara yang menjadi perhatian ketika perlawanan itu ialah rakaman yang memaparkan perbualan membabitkan tonggak pasukan kebangsaan Faisal Halim dan bintang Tottenham, Son Heung-min yang dilihat sangat serius dan menimbulkan bermacam-macam persoalan.
Teka-teki itu akhirnya terjawab apabila Faisal atau juga dikenali sebagai Mickey itu menceritakan apa sebenarnya yang dibualkan oleh mereka berdua.
@kinghisyam #faisalhalim #harimaumalaya #sonheungmin
♬ original sound – RAJA HISYAM RAJA ZAID – RAJA HISYAM RAJA ZAID
“Dia (Son) tengah bincang dengan pengadil, saya cakap kat dia penalti tapi dia tanya how come penalty? Saya cakap lah dia sepak kaki belakang.
Itu yang saya buat action tu, dia kata no no itu sepak bola lepas tu saya cakap okay we see VAR tu yang dia macam frust je,” katanya.
Mickey yang juga pemain pasukan Selangor FC itu turut berkata ianya bukanlah perkara yang peribadi dan tiada sebarang salah faham berlaku.
Tapi yang Dominic Tan gelak tu sebab apa pulak?
Sumber: TikTok