Baru-baru ini, India mencatatkan kes harian tertinggi dan meskipun begitu masih ramai yang tiada kesedaran tentang wabak Covid-19 di negara itu.
Disebabkan hal tersebut, sebuah restoran Tamil di Madurai mengambil inisiatif untuk menaikkan kesedaran masyarakat dengan memperkenalkan konsep roti canai terbaru iaitu roti canai pelitup muka.
Menurut Times of India, peningkatan kes yang mendadak dilaporkan baru-baru ini membuatkan idea tersebut timbul. Pemilik Hotel Temple City, K Lakshmana Kumar berkata idea itu juga datang disebabkan masih ramai penduduk di Madurai yang tidak memakai pelitup muka.
“Walaupun telah diwajibkan untuk memakai pelitup muka, saya lihat masih ramai yang melanggar peraturan tersebut. Saya mahu pihak kami (restoran) melakukan sesuatu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelitup muka.”
Roti canai pelitup muka itu dijual pada harga 50 Rupee (RM2.83), sama seperti harga roti canai yang lain seperti biasa. Apabila ada sesuatu yang rare seperti ini, ramai yang akan selfie bersama roti canai tersebut. Jadi, secara tidak langsung dia yakin orang ramai akan terbiasa dan faham dengan fungsi serta kepentingan memakai pelitup muka.
Kisah ini menjadi viral di internet terutamanya Twitter dan ramai yang rasa ianya lawak namun ada juga tidak yakin roti canai pelitup muka ini akan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai di bandar tersebut.
Walau apapun, menurut Kumar, restoran itu akan terus menyediakan pelitup muka di premis dan beri kepada pelanggan yang tidak memakainya.
“Kami memang akan berikan pelitup muka secara percuma kepada pelanggan yang datang ke restoran tanpa memakainya.”
COVID Awareness, Madurai style#Maduraimask https://t.co/TnOSoS9e1Y
— Prabhushankar T Gunalan (@prabhusean7) July 8, 2020
Tamil Nadu: A restaurant in Madurai is serving parottas made in the shape of masks. Manager Poovalingam says, "People of Madurai are not very particular about wearing masks. We introduced mask parottas to spread awareness among people about #COVID19." pic.twitter.com/VAb5ES2EuE
— ANI (@ANI) July 9, 2020
Do not, I repeat, do not EAT your mask. https://t.co/v9yeV7tJPd
— Anand Vasu (@anandvasu) July 8, 2020