in

“Sebab nak anak perempuan” – Kes Larikan 2 Budak Perempuan, Lelaki Dipenjara 24 Bulan

Culik Dua Budak Perempuan Sebab Nak Anak Perempuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kehilangan dua kanak-kanak perempuan yang didakwa telah diculik seorang lelaki dengan menaiki kereta jenis Perodua Bezza.

Tertuduh yang merupakan seorang penjual pisang goreng telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini atas dua pertuduhan.


Selain hukuman penjara, tertuduh juga didenda keseluruhan sebanyak RM2,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar.

Artikel berkaitan: Disyaki Larikan 2 Kanak-kanak Dengan Beri Umpan RM50, Suspek Sudah Ditahan Polis

Artikel berkaitan: McDonald’s Boys Case: Misteri Kehilangan Dua Kanak-Kanak Yang Pernah Menggemparkan Singapura Pada Tahun 1986

Memetik sumber Kosmo!, tertuduh merupakan seorang bapa kepada dua anak, didakwa telah menculik dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 6 dan 8 tahun dari penjaganya yang sah di Taman Ikan Emas, Jeram di Kuala Selangor, kira-kira pukul 6.30 petang pada 19 Julai lalu.

“Tujuan tertuduh berbuat demikian (menculik) kerana dia menginginkan anak perempuan. Setakat ini, belum ada rezeki dengan dua anak tertuduh adalah lelaki.

“Tertuduh juga menghantar dua mangsa kepada penjaga atau keluarga mereka. Ini kesalahan pertama dan tertuduh benar-benar insaf.

“Justeru, mohon penjara dari tarikh tangkap dan berjalan serentak,” kata Majistret Siti Hajar.

B3E99A24 A351 43B8 A21D 177F4C3Ce904

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah melarikan dua kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di hadapan rumah dengan menaiki keretanya.

Tertuduh mengajak kedua-dua mangsa menemaninya untuk menghantar surat sambil memberikan wang tunai RM50 sebagai upah.

Dua kanak-kanak itu kemudian ditemui di tepi jalan di Taman Kelisa kira-kira jam 7.45 malam.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.