in

Scotland Jadi Negara Pertama Tawarkan Barangan Haid Secara Percuma

Scotland Period Free
Gambar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, purata harga sepaket tuala wanita berharga RM10 dan setiap kali datang haid, kebanyakkan wanita memerlukan dalam dua ke tiga paket, ini menjadikan sebulan seorang wanita itu perlu menghabiskan kira-kira RM20 ringgit sebulan untuk tuala wanita sahaja.

Mungkin ada yang merasakan ia bukanlah beban yang besar tetapi kos yang sama boleh digunakan untuk barangan keperluan asas yang lain bagi mereka yang kurang berkemampuan.


Masalah ini bukan sahaja kepada wanita Malaysia, tetapi ia juga berlaku di seluruh dunia dan disebabkan itu, Scotland menjadi negara pertama yang menawarkan barangan haid seperti tampon dan tuala wanita secara percuma.

Pexels Karolina Grabowska 4238993
Gambar hiasan

Inisiatif itu menjadikan Scotland negara pertama di dunia yang melakukan sedemikian dan ia merupakan sebahagian daripada usaha global untuk menamatkan kemiskinan haid kerana kos yang sangat tinggi.

Shona Robison, setiausaha keadilan sosial Scotland menyatakan ia merupakan keperluan asas untuk semua wanita dan menghapuskan halangan kewangan bagi mendapatkan produk-produk tersebut.

“Kami tidak mahu sesiapa pun berada dalam kedudukan di mana mereka tidak boleh mengakses produk haid.” katanya. 

Orang ramai boleh mencari lokasi terdekat untuk mendapatkan barangan haid secara percuma melalui aplikasi mudah alih yang dipanggil PickupMyPeriod.

Ia juga membolehkan pengguna menapis produk yang tersedia malah, penghantaran ke rumah juga disediakan.

Untungnya! 

Sumber: The New York Times

Baca: Persoalkan Cadangan Kabinet Perkenalkan Cuti Haid, Fizo Omar Kena Hentam Dengan Netizen

Ft Fizo Omar Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.