in

“Saya tolak” – Farid Kamil Akui Pernah Disogok Sebanyak RM5 Juta Oleh Ahli Politik

ft farid kamil movie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah disogok rasuah berjumlah RM5 juta, seperti situasi sama yang dilalui tokoh politik dan Perdana Menteri Ke-10 kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, persamaan itu jugalah yang menjadi salah satu faktor Farid menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).


WhatsApp Image 2023 03 01 at 22.08.42

“Saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar apabila apa yang berlaku pada dia, pernah juga berlaku pada saya pada 2017,” katanya.

Farid turut memberitahu bahawa dia telah menolak cubaan rasuah tersebut, bagaimanapun tindakannya itu telah menyebabkan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan dirinya.

“Ketika itu saya pernah dirasuah sebanyak RM5 juta, tapi saya tolak. Akibat dari menolak rasuah tersebut, sangat buruk.”

“Siapa yang terima duit itu akan selamat dan siapa yang tidak ambil, mereka akan diperlakukan seperti pesalah. Itulah yang berlaku kepada saya apabila tidak ambil rasuah tersebut,” jelas Farid.

Pada masa yang sama, Farid turut berharap dengan kuasa yang diberikan DSAI dapat membanteras masalah ini dengan sistem yang lebih efisien.

1810417

Difahamkan, Farid Kamil akan membawa watak sebagai Anwar Ibrahim menerusi filem terbitan produksi Indonesia, Bianglala Entertainment berjudul Anwar, The Untold Story.

Selain itu, Farid turut memberitahu bahawa dia berbangga dapat menjayakan watak yang dekat dengan dirinya.

“Disebabkan persamaan itu membuatkan saya rasa bertuah apabila diberikan mandat untuk memegang watak Anwar.”

Mungkin ramai yang tak tahu, pengambaran filem ini diadakan di Indonesia dan dihasilkan secara senyap-senyap, sampailah sebuah gambar dimuat naik oleh seorang pelakon mula tular di media sosial.

Sumber: Boom!

Fuhh tak sabar la nak tengok cerita ni!

Baca : Farid Kamil Nafi Terlepas Hukuman Penjara Sebab ‘Bawa’ Nama Anwar Ibrahim

ft farid kamil anwar ibrahim 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.