Menurut Berita Harian, Aiman Tino bagitau yang dia ditampar sebab susah nak menjiwai babak emosi ketika membintangi drama bersiri, Mak Cun. So, ni lah yang jadi masa tu.
“Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagaimana mahu menjiwai babak itu.
“Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya.”
Walau bagaimanapun, penyanyi 20 tahun tu tak melatah atau marah sebaliknya faham dengan tindakan adik kepada pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud itu.
“Tindakannya itu membuatkan saya terkejut. Namun, sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf.
“Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak. Sampai patah gitar yang dijadikan prop gara-gara menjiwai watak,” seloroh Aiman.
Masa sidang media larian Mask Run, Aiman beritahu yang maknya, Hazelina Mat Jalil mencadangkan kepada Erma supaya mengambilnya berlakon. Of coz lah masa tu dia tak sangka dapat pulak tawaran berlakon tu.
Aiman yang nak cuba jadi pelakon gunakan peluang tu untuk berlakon dalam drama bersiri popular itu yang dah masuk musim keempat.
“Memang sudah lama saya teringin berlakon. Ketika Erma sedang mencari pelakon untuk watak Kumin, ibu bergurau menyebut nama saya.
“Terima kasih kepada kak Erma atas kepercayaan yang diberi. Ingatkan saya hanya berlakon watak kecil, tetapi apabila membaca skrip, banyak pula babak yang perlu dilakonkan.
“Saya bertuah dikelilingi pelakon yang sedia membantu. Untuk pelakon baharu, sukar juga menghafal skrip. Saya kagum dengan kak Baby yang melakukan persiapan rapi sebelum ke lokasi penggambaran,” katanya.
Baca: Jumlah Tontonan Tertinggi di YouTube, Aiman Tino Diiktiraf Malaysia Book of Records