in

“Saya Takkan Lepaskan Nilam” – Azlan Komeng Akui Masih Sayang, Rayu Diberi Masa Selamatkan Rumah Tangga

azlan komeng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun rumah tangga mereka sedang bergolak, pelakon Azlan Komeng tetap bertegas tidak akan menceraikan isterinya, Nur Nilam Ortiz, walaupun wanita itu telah memfailkan permohonan fasakh di Mahkamah Syariah.

Menerusi satu video di TikTok, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran tampil menjelaskan pendiriannya dengan nada yang tenang.


Dalam video tersebut, Azlan dilihat menyampaikan mesej terus kepada isterinya sambil merayu agar diberikan ruang dan masa untuk menyelesaikan isu yang sedang melanda rumah tangga mereka.

“Seperti yang semua sedia maklum, isteri saya sudah memfailkan fasakh dan saya hormati tindakan tersebut.

“Saya tidak akan melepaskan isteri saya kerana saya mempunyai alasan tersendiri yang saya rasa belum tiba masa untuk saya kongsikan kepada anda semua,” katanya.

@azlankomeng_official Mohon bertenang dan beri ruang harap semua dapat memahami apa yang sedang kami hadapi. #nilambidadariku #love #mywife #bidadariku #husbandwife ♬ original sound – AzlanKomeng

Azlan turut menyeru agar semua pihak termasuk warganet dan kenalan rapat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menambah tekanan terhadap situasi yang sedang mereka hadapi.

“Apa yang saya boleh beritahu, saya mohon kesabaran pihak-pihak tertentu untuk memberi ruang dan masa. Bila sampai masanya, saya akan kongsikan. Insya-Allah,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: “Aku memilih pergi” – Isteri Azlan Komeng Muat Naik Video Berada Di Mahkamah Rendah Syariah?

Artikel berkaitan: “Wanita ini bertegas nak kahwin” – Nur Nilam Izinkan Azlan Komeng Berkahwin Dua

Pelakon itu juga secara terbuka meluahkan isi hatinya kepada Nilam.

“Kepada isteri saya, saya harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk saya selesaikan apa yang perlu dibuat.

“Macam mana pun, saya tetap dan akan terus sayangkan awak. Awak adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya. Insya-Allah, saya akan bertanggungjawab dan melindungi awak semampu mungkin. Akan ada jalan yang terbaik.”

Sebelum ini, rumah tangga pasangan itu menjadi bualan selepas tular dakwaan mengatakan Azlan bakal berkahwin dengan wanita lain.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila Nilam memuat naik video menunjukkan Azlan sedang berbual dengan seorang wanita yang didakwa bakal madunya.

Namun, Azlan menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa isterinya cuba mencetuskan persepsi negatif terhadap dirinya bagi meraih simpati serta perhatian netizen.

Pada Rabu lalu, Nilam dilaporkan hadir seorang diri ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya.

Azlan mengakui mengetahui perkara itu, namun tetap berharap agar rumah tangga mereka masih boleh diselamatkan.

“Saya tahu ini bukan situasi yang mudah. Tapi saya sedang berusaha. Beri saya masa. Akan ada jalannya nanti,” katanya sambil merayu agar masyarakat tidak terus menghukum sebelum beliau berpeluang menjelaskan keadaan sebenar.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Kini, masa depan perkahwinan mereka bergantung kepada keputusan Nilam dan usaha Azlan untuk memperbaiki keadaan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.