in

“Saya takkan berhenti!” – Model Tunjuk Kemaluan Dalam Masjid Tak Nak Berhenti Ambil Gambar Kontroversi Dekat Tempat Suci

collage 21

Model Playboy paling kontroversi Marisa Papen nampaknya tak serik walaupun pada tahun 2017 dia pernah dipenjara kerana bogel depan kuil lama di Mesir dan mendapat kritikan bila dia melakukan protes anti-agama dengan posing bogel pada tanda salib besar di Vatican, Itali.

Baru-baru ini, Daily Star melaporkan yang model bernama Marisa Papen ini bakal berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun di Turki selepas dia dengan beraninya mengambil gambar bogel di dalam masjid ikonik Istanbul, Hagia Sophia.

Dalam gambar kontroversi ini, Marisa yang memakai pakaian menutup aurat berjubah dan bertudung hitam ini telah berdiri di pintu masuk masjid tersebut sambil angkat jubah untuk menunjukkan kemaluannya.

0 marisa papen 1543153

Pejabat pendakwa raya di Turki telah pun mengeluarkan waran tangkap ke atas model ini atas kesalahan “melakukan perbuatan tak senonoh” dan “memalukan kedaulatan negara secara terbuka.”

Sebelum ini, dalam temubual bersama Central European News, Marisa menerangkan tentang photoshoot bersama juru gambarnya Jesse Walker di Hagia Sophia ini dilakukan tanpa apa-apa perancangan.

0 marisa papen 1543168

“Kali ni kami memang tak ada apa-apa plan langsung tapi kami ada imaginasi dan asas yang agak kuat.

“So, lepas beratur panjang untuk masuk, kami terkejut bila tengok setiap bahagian kawasan ini dilengkapi dengan kamera keselamatan.

“Kami buat keputusan untuk tunggu satu kumpulan pelawat ni dan masa dorang tengah bagi perhatian kepada cerita tour guide, masa ni lah kami buat kerja.”

Jesse juga menambah yang photoshoot tu bukan mudah untuk dibuat. Lagi-lagi tempat tu sentiasa penuh dengan pelancong.

0 marisa papen 1543158

“Kalau korang pernah pergi Hagia Sophia, korang tahu yang dekat sana setiap masa ada beribu-ribu orang datang.

“Semua berlaku dalam keadaan spontan. Di dalam masjid, kami sorokkan diri dengan menyamar seperti orang biasa.”

Keadaan di dalam tu yang tenang buatkan semua benda berjalan dengan lancar.”

“Kami siap datang keesokan harinya sebab tak puas hati dengan gambar sebelumnya.”

0 Marisa Papen 1543151

Walaupun disoal oleh penguatkuasa atas tindakan melampau ini. Marisa dan Jesse menegaskan yang dorang tak akan berhenti mengambil gambar-gambar seperti ini lagi di masa hadapan.

Marisa turut mengaku, perasaan takut ditangkap juga adalah antara sebab kenapa dia rasa thrill nak buat benda-benda ni.

Punyalah banyak aktiviti mencabar dah disediakan dekat luar sana, benda macam ni juga yang dorang pilih nak buat.

 

Baca: “Tak sensitif langsung!” – Model Playboy Cetus Kontroversi, Buat Photoshoot Bogel Dalam Masjid Hagia Sophia

Screenshot 2020 03 10 at 4.02.18 PM

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star