in

“Saya tak suka benda tu…” – [VIDEO] Nazrey Johani Kongsikan Cerita Sebenar Mengapa Keluar Raihan

nazrey raihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda betul-betul orang Malaysia, perkataan pertama apabila bercakap mengenai arena muzik nasyid di Malaysia pastinya anda akan menyebut kumpulan Raihan.

Kumpulan Raihan ini merupakan kumpulan yang mencipta fenomena ketika akhir tahun 1990-an dan pada ketika itu, Raihan menjadi antara pelopor muzik berkonsepkan kerohanian yang secara tidak langsung telah memulakan industri nasyid secara komersial.


FB IMG 1589428222524

Anggota asal kumpulan ini ialah Allahyarham Azahari Ahmad, Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.

Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.

Pada tahun 2006, Nazrey Johani mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan nasyid tersebut, beliau yang merupakan anak kelahiran Sabah menceritakan apakah punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan kumpulan tersebut walaupun mereka sedang berada di puncak pada ketika itu.

@nazreyjohaniofficial

KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com

♬ original sound – nazreyjohaniofficial – nazreyjohaniofficial

Dalam sebuah temu bual, Nazrey memberitahu selama beliau bersama Raihan, hatinya tidak tenang walaupun nama Raihan sudah terkenal di seantero dunia, beliau juga berkongsi dirinya selalu berdoa untuk diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan itu tanpa sebarang permusuhan.

“Selalu saya berdoa, hampir setiap hari kerana saya tidak mahu populariti itu.

Hati saya tidak tenang, jadi saya berdoa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan.” katanya.

Selepas 14 tahun bersama kumpulan tersebut, akhirnya Nazrey menerima sebuah panggilan telefon daripada sahabatnya di Sabah yang memerlukan bantuannya untuk berdakwah kerana sahabatnya itu berasa risau dengan ketiadaan orang di masjid tempatnya.

Disebabkan itu, beliau yang percaya dengan rezeki Allah memutuskan untuk berhenti dari dunia nasyid dan fokus untuk berdakwah di negeri Di Bawah Bayu itu.

Semoga Nazrey terus kuat berdakwah, rindu dengan kelunakkan suaranya…

Baca: Raihan Kongsi Gambar Throwback, Pernah Dijemput Ratu Elizabeth II

Ft Raihan Queen

Sumber: Lela Rentaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.