Beberapa hari lalu, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman teruk dikecam netizen apabila mengambil isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model produk terbaru keluarannya.
Dalam video itu, Ira dan anak perempuan Aliff sedang menggayakan tudung keluaran terbaru usahawan itu di laman Instagramnya.
Namun, perkongsian video tersebut menerima kecaman netizen yang masih tidak berpuas hati dan sukar memaafkan tindakan Ira yang didakwa menjadi penyebab rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana sebelum ini berantakan sehingga bercerai pada 14 Jun lalu.
View this post on Instagram
“Saya tak sokong mana-mana”
Susulan kecaman sehingga ada yang menyatakan tidak mahu lagi menyokong perniagaan Aliff, usahawan itu tampil bersuara menjelaskan bahawa dirinya tidak menyokong mana-mana pihak.
“Saya tak sokong mana-mana. Saya tak sokong Ira, dan saya tak sokong Puteri Sarah. Dan kalau korang nak tahu saya pernah ambil Puteri Sarah sebagai model tudung saya,” jelasnya.
Menurut usahawan itu, dia hanya mahu fokus dalam urusan perniagaannya tanpa mahu ikut campur dengan urusan peribadi orang lain.
“Saya hanya fokus pada bisnes saya sahaja. Jadi kepada anda janganlah unfollow saya… jangan sampai tak beli produk saya,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, masih ada segelintir pengikutnya yang tidak bersetuju dengan cara pemasaran usahawan terbabit.
Ramai beranggapan strategi pemasaran menggunakan Ira adalah teknik murahan yang tidak mampu meraih pembeli ekoran kontroversinya.
Baca: “Takde modal ke?” – Gara-gara ‘Share’ Gambar Tomato Di TikTok, Ira Kazar Berbalah Dengan Netizen?