Selalunya kita dengar anak-anak jenuh nak nasihat ibu bapa supaya jangan mudah dengan broadcast message atau apa-apa video yang diterima di Whatsapp. Biasalah, golongan mereka memang rajin forward cuma tak periksa atau ambil tahu dulu sama ada benda yang mereka baca atau tonton itu sahih ke tidak.
Tapi kali ni, bukan orang tua sebaliknya wanita muda yang dilaporkan terpedaya dengan mesej palsu diterimanya di Whatsapp. Menurut laporan, wanita dari London itu telah meminum air kencingnya sendiri selama 4 hari berturut-turut dan juga menyuruh anak-anaknya berbuat perkara yang sama.
Rupa-rupanya wanita itu telah menerima sebuah video di Whatsapp yang dihantar oleh seorang rakan mendakwa air kencing boleh mengubati dan menjadi penawar Covid-19.
Memandangkan wanita itu sendiri memang tidak percayakan vaksin dan lebih memilih cara rawatan tradisional, dia terus ikut arahan dari video tersebut untuk meminum air kencing, termasuklah menyuruh anak-anaknya juga.
Mereka sekeluarga berbuat sedemikian selama empat hari dan ketika itulah baru wanita itu sedar yang air kencing bukanlah penawar seperti yang didakwa dan cara itu tidak akan berhasil.
Sejak Covid-19 mula menular di seluruh dunia, terlalu banyak mesej, video dan berita palsu yang tersebar tentang pandemik ini dan cara mencegah mahu pun penawar.
Banyak pihak tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan untuk mereka cerita dan sebarkan di media sosial menyebabkan ramai individu yang telah tertipu terutamanya golongan tua.
Baca: Susu Ibu Didakwa Penawar Covid-19, Penemuan Terbaharu Saintis China