Seorang wanita yang dilaporkan telah diculik namun ditemukan selamat bersama rakan-rakan lelaki mengundang kemarahan orang ramai apabila diketahui wanita tersebut sebenarnya telah membuat laporan palsu.
Memetik laporan Berita Harian, wanita yang mendakwa dirinya diculik tempoh hari rupanya mengikut dua lelaki lain untuk bermalam di kawasan sekitar Rompin, Pahang.
Artikel berkaitan: Wanita Diceraikan Suami Talak 3 Lepas 27 Hari Kahwin Sebab Angau Dengan Perempuan Lain
Artikel berkaitan: Kantoi Hubungi Ex Masa Sekolah Ketika Isteri Tengah Pantang, Suami Enggan Lafaz Cerai Sebab Sayang
Suami menangis dapat tahu kejadian sebenar
Satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, dipercayai suami wanita terbabit tampil memohon maaf kerana isterinya telah mencetuskan kebimbangan.
Dia juga mengakui gagal menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan sedih dengan insiden yang berlaku dalam rumah tangganya.
“Saya ingin memohon maaf atas semua kesalahan isteri saya. Saya sebagai suami dia, saya berasa sudah gagal menjalankan tanggujawab.
“Saya tak kuat menerima ujian bergitu berat sekali. Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kecuaian saya mendidik isteri saya dengan baik.”
Dalam perkongsian itu, dia turut memuat naik momen menangis kerana begitu kecewa dengan kejadian yang berlaku.
Difahamkan, dia berhasrat untuk memfailkan perceraian terhadap isterinya selepas wanita tersebut tamat perbicaraan.
Menurut laporan, wanita yang mendakwa diculik itu telah ditahan reman bersama dua lelaki selepas didapati ujian saringan awal air kencing positif dadah jenis methamphetamine.
Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953.
Sumber: TikTok, Berita Harian