in

“Saya tak fikir panjang” – Uncle Terjun Selamatkan Wanita Hanyut Bersama Kereta Raih Pujian Netizen

uncle hero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki meraih pujian warganet susulan tular video seorang wanita diselamatkan daripada dibawa arus deras bersama sebuah kereta.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Choo Ngiam Choong memaklumkan bahawa pada awalnya dia sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mawai sebelum melihat rakannya yang memandu di laluan sama menghentikan kenderaan.


Katanya, sebaik keluar dari kenderaan, dia terkejut apabila mendapati sebuah kereta hanyut di longkang dan mendapati ada wanita turut dihanyutkan arus deras.

Artikel berkaitan: “Hero sebenar” – Netizen Puji Pekerja Alam Flora, Kutip Anggaran 3.06 Tan Sampah Pada Malam Tahun Baru

Ketika kejadian berlaku kira-kira 9 pagi semalam, dia melihat seorang wanita sempat menyelamatkan diri manakala seorang lagi hanyut dan hampir lemas.

“Saya tak berfikir panjang dan segera melompat untuk menyelamatkan wanita itu selepas melihat dia dihanyutkan arus deras.

“Beberapa rakan lain turut berbuat demikian. Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian turut datang membantu,” kata Ngiam Choong.

Tambahnya, dia lega dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kira-kira lima saat bagi mengelak sebarang kejadian lebih buruk.

Dalam pada itu, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan ketika membantu wanita berkenaan.

“Saya memang pandai berenang. Saya bersyukur memiliki stamina yang bagus untuk membantu mangsa itu.

“Wang ringgit masih boleh dicari namun sekiranya nyawa melayang, tiada galang gantinya,” katanya.

Video detik menyelamatkan wanita lemas itu telah meraih pujian pengguna media sosial, rata-ratanya menggelarkan Ngiam Choong seorang ‘hero’ atas tindakan pantasnya.

Screenshot 2024 01 08 103126

Screenshot 2024 01 08 103154

Menurut pihak polis, kereta yang dinaiki kedua-dua wanita berusia 37 dan 43 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang sebelah kanan menghala ke Kota Tinggi.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.