in

“Saya sudah biasa, selalu kena” – Adegan Usap Janggut Guna K*ki Dikecam, Ini Respon Erma Fatima

erma fatima adegan usap kaki janggut bidaah

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tularnya sebuah adegan dari drama web Bidaah yang memaparkan pelakon Vanidah Imran mengusap janggut Faizal Hussein menggunakan kaki.

Rata-rata netizen mendakwa babak tersebut seakan-akan menyelitkan elemen lucah yang dibimbangi dapat memberi persepsi buruk terhadap agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Artikel berkaitan: “Kita sebuah negara yang majoriti Muslim” – Ahmad Idham Tak Setuju Pengarah Selit Unsur Lucah

Artikel berkaitan: “Tak boleh buat gambaran ghaib” – Filem Seram Indonesia ‘Siksa Neraka’Kena Banned Di Malaysia?

Erma Fatima tampil respon isu drama Bidaah 

Susulan itu, Erma Fatima, 56, selaku penulis skrip dan penerbit karya tersebut tampil memberi respon dengan mengatakan bahawa dia sentiasa berlapang dada menerima komen atau kecaman daripada penonton.

Walaupun drama itu bukan arahannya, namun sebagai penulis skrip, beliau bersedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak.

KOS Sebuah Kehidupan016 50 e1618667016574

Saya sudah biasa, saya sudah selalu kena. Apa yang saya nak sampaikan orang ramai tidak nampak sebaliknya dijadikan isu oleh mereka. 

“Bila saya tahu ada adegan itu di set, saya sebagai penulis skrip dan penerbit sudah bersedia akan tempiasnya. Saya faham dan saya terima walaupun itu bukan arahan saya. 

“Seperti sebelum ini drama Perempuan Itu, saya bukan pengarah tapi saya juga yang kena. Saya terima kerana akhirnya drama itu diterima ramai,” katanya kepada mStar.

Erma juga pada masa yang sama tidak berniat untuk memburukkan nama baik Islam, namun sebaliknya ingin memberikan pengajaran kepada orang ramai agar berhati-hati dalam mencari ilmu agama.

Bidaah juga katanya tidak diambil daripada mana-mana kisah ajaran sesat sebaliknya dari pengalaman peribadinya sendiri.

479927381 1183942073734044 7234525006684848671 n

Kenapa bila isu ini ditimbulkan dalam drama tidak boleh terima? Perkara ini banyak berlaku di luar sana. Saya tahu isu ini tabu dan menakutkan sehingga takut nak mengakuinya. 

“Saya bukan nak jatuhkan Islam hanya memberitahu orang di luar sana untuk mencari agama kena ada ilmu bukan dengan membabi buta taksub. 

“Tapi saya juga tidak halalkan lakonan itu dalam hukum Islam, kerana aurat bersentuhan itu memang haram saya tidak menafikannya,” katanya lagi.

Selain Bidaah, drama Keluarga Itu yang kini ditayangkan di TV3 juga mendapat kritikan ramai kerana ada yang berpendapat ia tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun, Erma berkata, dia hanya mengikut keputusan pihak stesen TV kerana perkara itu di luar kawalannya.

Sumber: mStar