in

“Saya selamat, tapi kawan-kawan saya…” – Mangsa Selamat Bas Terbakar Menangis Teresak-esak Dipeluk Ibu

Abang Terselamat Adik Tak Bas Terbakar Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu tragedi menyayat hati menggemparkan Thailand Selasa lalu, apabila sebuah bas yang membawa 44 orang pelajar dan guru dalam satu rombongan sekolah telah terbakar sehingga meragut 23 nyawa.

Kejadian ini tidak hanya mencetuskan kesedihan dalam kalangan keluarga mangsa, tetapi juga kepada seluruh masyarakat termasuklah di Malaysia.


Menurut laporan, seramai 19 individu terselamat iaitu tiga guru dan 16 pelajar berjaya keluar dari bas itu.

Artikel berkaitan: Bas Sekolah Terbakar Di Thailand: Pemandu Ditahan Polis, Gagal Selamatkan Penumpang Ketika Bas Terbakar

Artikel berkaitan: “Ditemui sedang peluk pelajar” – Guru Antara Yang Terkorban Dalam Kebakaran Bas Sekolah Di Thailand

1002 Skul Bus

Tular di TikTok, sebuah video memaparkan tangisan pilu seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran bas terbabit.

Dalam video itu, kanak-kanak terbabit dilihat menangis teresak-esak sambil dipeluk erat ibunya yang cuba menenangkan dirinya.

“Mak, ayah… saya selamat tapi kawan-kawan saya tidak,” tulis kapsyen video tersebut.

Setelah ditenangkan ibunya, budak lelaki itu kemudian didukung oleh seorang lelaki dewasa yang dipercayai bapanya.

@sharrlungs325

So much emotion in here seeing your kid is Okay after that Bus Fire Accident. Can’t imagine the trauma he will bring seeing his classmates burned and died. On the contrary, we felt the heartaches of those Parent whom their kids didn’t survive. 💔 #thailandbusfire #BusFire

♬ original sound – Mugiwara – Mugiwara

Menurut komen yang ditinggalkan pada hantaran video tersebut, budak lelaki itu bukan sahaja kehilangan rakan-rakan sekolahnya tetapi juga adiknya dalam kebakaran itu.

Difahamkan, ibu tersebut menghantar dua anak lelakinya ke lawatan sekolah terbabit. Namun, hanya abang sahaja yang berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian itu berlaku.

“Budak lelaki yang menangis adalah abangnya, dan dia menangis kerana terselamat tetapi dia tidak dapat menyelamatkan adiknya.”

Menurut pengguna lain, kanak-kanak yang terselamat itu duduk berhampiran dengan pintu hadapan bas itu, sekali gus membolehkan dia untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran terbabit.

Perkongsian video itu telah meruntun hati netizen dan rata-rata menyatakan tidak dapat membayangkan perasaan trauma dan rasa bersalah yang dihadapi pelajar berkenaan.

Screenshot 2024 10 03 171043

Untuk rekod, bas yang membawa rombongan sekolah itu dalam perjalanan pulang ke Uthai Thani sebelum tayar kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar di Jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok.

Sumber: TikTok, SCMP

Sumber: AsiaOne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.