in

“Saya sedih dan kecewa” – Tahfiz Milik Aaron Aziz Di Langkawi Dirobohkan, 40 Pelajar Terpaksa Tidur Di Dewan

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Rabu lalu dikhabarkan pusat tahfiz milik pelakon terkenal Aaron Aziz di Langkawi, Kedah telah dirobohkan.

Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Aaron Aziz di Instagram peribadinya.


Dia memaklumkan bahawa bangunan yang roboh itu hanyalah bangunan asrama yang baru sahaja siap dibina. Bangunan lain masih selamat digunakan dan 40 pelajar di tahfiz tersebut kini ditempatkan di dewan sehingga asrama tersebut dibina semula.

“Tahfiz ini besar. Yang dirobohkan hanya asrama untuk pelajar ini tidur. Sekarang ini kami sedang bina asrama baharu untuk mereka”

https://www.instagram.com/p/CEmhAPQhs9T/?utm_source=ig_web_copy_link

Sedih melihat keadaan bangunan yang dirobohkan ini. Aaron juga meluahkan rasa kecewa atas dugaan yang berlaku namun dia bersedia untuk membina semula asrama tersebut demi kelangsungan hidup para pelajar di sana.

 

Bukan salah siapa-siapa – Aaron Aziz

Dalam pendedahan tersebut, Aaron tidak menceritakan secara terperinci punca kenapa kejadian tersebut boleh berlaku.

Tegas Aaron, hal ini tiada kaitan dengan salah laku undang-undang mahupun kes penganiayaan. Semuanya dalam keadaan terkawal dan memohon agar orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

Aaron juga ada berkongsi video kenyataannya di Istagram berkaitan isu ini.

https://www.instagram.com/tv/CEoN8BeBWNI/?utm_source=ig_web_copy_link

Sama-sama kita berdoa agar proses pembinaan semula asrama ini dipermudahkan dan semoga Aaron Aziz tabah menghadapi ujian ini.

 

Baca: “Saya tidak ada apa-apa perasaan dendam, benda juga sudah berlaku” – Ibu Mangsa Kebakaran Tahfiz Maafkan Suspek

A 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.