in

“Saya sedia berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia” – Ruhainies

Untitled Design 90

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir lima hari ditangkap setelah dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota, Ruhainies dan Aliff Aziz akhirnya memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut serta menceritakan apa yang terjadi pada malam itu.

Kedua-dua mereka memuat naik kenyataan tersebut di laman Instagram masing-masing dan mengakui kekhilafan serta memohon maaf atas insiden yang berlaku.


Artikel berkaitan: “Itu bentuk pengkhianatan yang zalim” – Kakak Ruhainies Nak Saman Penyebar Fitnah, Ini Respon Ellie Suriaty

Artikel berkaitan: Netizen Rakam Aliff Aziz & Ruhainies ‘Shooting’ Di Johor, Didakwa Sejam Sebelum Bella Failkan Cerai?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Menurut posting tersebut, Ruhainies berkata dia dan Aliff baru selesai menjalani penggambaran dan bergerak bersama-sama pembantu peribadinya dengan dua kereta berasingan pulang ke Kuala Lumpur.

Disebabkan sudah mengenali sesama sendiri hampir 10 tahun, Ruhainies mengajak Aliff untuk makan malam di rumahnya bersama adik-beradiknya yang lain.

“Risteena (kakak Ruhainies) pula maklumkan dia dalam perjalanan ke rumah namun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Jadi, saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan penggambaran sebelum saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu namun tidak lama kemudian, pintu rumah saya diketuk,” jelas Ruhainies.

Oleh kerana berada dalam ketakutan dan risau tentang keselamatannya, Ruhainies membuat keputusan menunggu ketibaan adik-beradiknya, sebelum dimaklumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), polis serta isteri Aliff, Bella Astillah berada di situ.

Kedua-dua mereka kemudiannya diambil keterangan oleh pihak berwajib sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Dalam posting Instagram itu, kedua-duanya mengakui kekhilafan mereka, Ruhainies turut berkata dia bersedia untuk bertemu dengan Bella bagi memperbetulkan keadaan selain berharap Aliff dan Bella tidak akan berpisah.

Aliff pula menegaskan kedua-dua mereka tiada apa-apa hubungan dan menganggap ini sebagai satu pengajaran.

Sumber: Instagram (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.