in

“Saya sampai jam 11.30” – Kakak Ruhainies Tunjuk Mesej Perbualan, Nafi Jawi Datang 3 Pagi

Kakak Ruhainies Tiga Pagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Ruhainies dan Aliff Aziz mengeluarkan kenyataan masing-masing berhubung isu ditangkap khalwat, giliran Risteena pula tampil mempertahankan adiknya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Risteena menyatakan dakwaan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) datang ke kondominium adiknya pada jam 3 pagi adalah tidak benar.


Dalam tangkap layar mesej perbualan itu, Ruhainies bertanya pada pukul 7.21 malam sama ada kakaknya itu akan bermalam di rumahnya.

Artikel berkaitan: “Hingga hari ni langsung tak contact” – Bella Astillah Maafkan Ruhainies, Tapi Tak Boleh Lupakan Kisah Hitam

Img 9309

Risteena menunjukkan bukti mesej di mana dia merancang untuk ke rumah Ruhainies pada malam hari Jumaat.

Dalam mesej itu, Ruhainies bertanyakan kakaknya sama ada dia mahu bermalam di rumahnya dan sama ada barang memasak sudah dibeli.

Dia juga menunjukkan adik mereka, Nur Riesha juga sepatutnya bermalam di situ tetapi kedatangan mereka terlambat disebabkan tuntutan kerja dan kesesakan jalan raya.

Img 9310

Jelas Risteena lagi, dia tiba di rumah Ruhainies pada pukul 11.30 malam bukanlah pukul 3 pagi seperti yang kecoh diperkatakan di media sosial.

Img 9311

Terdahulu, Ruhainies mengeluarkan satu kenyataan rasmi menjelaskan apa sebenarnya berlaku pada malam kejadian.

Ruhainies dan Aliff mengakui kekhilafan mereka di sisi agama kerana berada dalam situasi tersebut sekaligus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.