in

“Saya reda dan ikhlaskan kematiannya” – Suami Cikgu Istiqomah Tak Sanggup Lihat Mayat Isteri

Syaz Ft 2024 08 15T105602.800

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 6 Januari lalu, terdapat penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Melaka.

Polis peroleh keputusan ujian DNA mayat tersebut dan mendapati ia sepadan dengan Cikgu Istiqomah yang dilaporkan hilang di Pasir Gudang pada 27 Disember 2023.


Artikel berkaitan: Suami Cikgu Istiqomah Harap Proses Tuntutan Jenazah Dipercepatkan

Artikel berkaitan: Suami Dedah Cikgu Istiqomah Pernah Pinjamkan Suspek RM19,400, Gelang Emas Lesap

Kematian menyayat hati itu membuatkan ramai yang hiba apatah lagi suami kepada Cikgu Istiqomah itu sendiri.

Isti 1723644706

“Jika polis menyerahkan mayat arwah isteri saya, Istiqomah Ahmad Rozi untuk urusan pengebumian, saya tak nak tengok sebab tak sampai hati lihat keadaannya yang sudah dipotong-potong begitu…,” kata suaminya.

Menerusi laporan Harian Metro, Moh Yusof berkata sebagai suami, dia sudah reda dengan pemergian isterinya itu yang disahkan dibunuh dengan tragis oleh kenalannya selepas dilaporkan hilang selama lapan bulan.

“Saya tak sanggup lihat keadaan mayat isteri yang dipotong beberapa bahagian, jadi biarlah urusan jenazah nanti dibuat ahli keluarga lain sehingga dikafankan.

Syurga isteri di bawah telapak kaki saya dan sebagai suami, saya reda dan ikhlaskan kematiannya. Arwah Istiqomah seorang isteri yang sangat baik dan taat kepada suami, dia kini sudah berada di syurga Allah walaupun kematiannya diseksa sebegitu rupa,” katanya.

Dia berkata dia akan menyimpan sebahagian barangan peribadi arwah isterinya termasuk pakaian sebagai kenangan, manakala selebihnya akan disedekahkan kepada pihak memerlukan.

Dalam pada itu, dia bersyukur kerana usaha, doa dan solat hajat yang dibuat bersama keluarga selama lapan bulan supaya Allah mempertemukan mereka dengan Istiqomah walaupun mungkin sudah tidak bernyawa akhirnya terjawab.

Al-Fatihah…

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.