in

“Saya rasa jijik” – Afdlin Shauki Ubah Pendirian, Enggan Beri Sokongan Lagi Pada Kelab Komedi

Page Afdlin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan isu penghinaan agama yang dibuat oleh pelawak-pelawak dari Crackhouse Comedy Club, ramai selebriti yang tampil memberikan pandangan mereka sendiri sama ada kelab itu perlu ditutup ataupun tidak.

Yang kerap menjadi perbualan hangat di kalangan netizen ketika ini adalah kenyataan dari pelawak tanah air iaitu Datuk Afdlin Shauki yang lantang membantah penutupan kelab komedi tersebut sehingga mendapat pelbagai reaksi orang awam.


Walau bagaimanapun, menurut Kosmo Online, Afdlin Shauki kini berubah pendirian selepas enggan memberikan lagi sokongan kepada kelab tersebut selepas semakin banyak bukti-bukti penghinaan terhadap kesucian agama didedahkan.

Afdlin 1

“Saya sokong sebab pentas lawak ni bagi rezeki, tapi…”

Menerusi satu posting Facebook Afdlin, dia menegaskan bahawa dirinya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan atau konten yang secara terang-terangan menghina agama di mana-mana pentas lawak.

https://www.facebook.com/afdlinshauki/posts/pfbid0226KZnffAh2tvyQT4q8oVbYSYkvUWashnBrqzf6ub46X2YiJMeVAGRGVxQUgDyWayl

“Walaupun sokongan saya sebelum ni hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakkan nya mempunyai lawak yg berkualiti dan tak menghina sesiapa.” – Tegas Afdlin

Dalam posting yang sama, Afdlin menasihatkan kepada pelawak-pelawak yang lain untuk mencari tempat lain terlebih dahulu sebagai sumber rezeki selain meminta agar mereka semua tidak cepat melatah dengan isu yang berlaku.

Agak-agak apa lah pengakhiran kes ni kan?

Baca: “Pada saya kelab itu tidak salah” – Isu Wanita Hina Agama, Afdlin Shauki Bantah Penutupan Crackhouse Comedy Club

Untitled 1 9

Sumber: Kosmo Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.