in

“Saya perlukan masa…” – Isteri Pendaki Maut Di Gunung Liang Reda, Akui Ada Rakan Arwah Hubungi Minta Maaf

gunung liang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati mana yang tak luluh bila kehilangan insan tersayang dengan cara yang menyayat hati? Itulah yang dirasai oleh Nur Faratin Mohd Othman, 31, balu kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansoor.

Menurut Nur Faratin, salah seorang rakan pendaki arwah ada menghubunginya selepas kejadian bagi memohon maaf susulan insiden kematian suaminya yang ditemukan di puncak Gunung Liang Barat, Perak, pada 16 Oktober lalu.


“Sejujurnya saya perlukan masa untuk memaafkan, tapi saya reda dan saya tahu dia dah cuba sedaya upaya cari suami saya.

“Saya cuma harap ada keadilan untuk arwah. Kalau dia (suami) di tempat mereka, saya yakin dia takkan tinggalkan kawan,” katanya, lapor Harian Metro.

hm25sh1cc 1761376259
Nur Faratin Mohd Othman, 31, balu kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansoor ketika menerima sumbangan.

Arwah seolah-olah dah buat persediaan awal

Nur Faratin yang bekerja sebagai penyelenggara penapis air berkata, dia tidak menyangka suaminya seolah-olah sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sebelum pemergiannya.

“Alhamdulillah, saya tak sangka arwah pergi dalam keadaan seolah-olah dah buat persediaan awal. Dia sempat beli rumah atas nama kami berdua tiga tahun lepas di Sungai Petani.

“Buat masa ni saya tinggal dengan mak ayah. Kalau duduk seorang diri, memang belum mampu lagi. Banyak sangat kenangan kami di rumah tu,” katanya.

Allahyarham Mustaqqeem Mansor
Allahyarham Mustaqqeem Mansor

Sementara itu, bapa saudara arwah, Samad Saad, 48, berkata, keluarga masih menunggu siasatan polis selesai sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Kami tak mahu ganggu siasatan dulu. Tapi kenyataan pihak sana dan komen netizen tu kami baca juga, kadang-kadang memang menyakitkan hati.

“Kakak saya (ibu arwah) setiap hari menangis, asyik kata ‘kasihannya anak aku ditinggalkan seorang diri di puncak gunung,’” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.