Kemesraan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan aktres cantik, Bella Astillah menjadi bualan ramai sejak mereka terlibat sebagai duta jenama pakaian.
Ditambah pula baru-baru ini abang Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai SpaceDollah bersama ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengadakan sesi live mengenai mereka berdua.
Artikel berkaitan: Diusik Suruh Buat Majlis Kahwin Anak Di Stadium, Ini Respon Ibu Syed Saddiq
Artikel berkaitan: “Saya pun nampak di TikTok” – Bella Astillah Tak Tahu Ayden Panggil Syed Saddiq ‘Dad’
SpaceDollah minta adik kahwin cepat
Terbaharu, SpaceDollah meminta supaya adiknya segera mengakhiri zaman bujang bersama aktres berkenaan. Dia juga berkata, ibu mereka turut merestui hubungan tersebut.
“Saddiq kahwin cepat, bagi la peluang dekat abang awak ni kahwin pula malah saya suka lihat adik saya macam ini.
“Mama adalah orang yang sangat supportive pada semua anak-anaknya sebab nak tengok semuanya gembira dan bila lihat Saddiq gembira jadi tumpang sama.
“Mama pernah jumpa Bella tapi hanya jangka masa sekejap saja dan mama ada cerita perkara itu, kami okay saja dengan hubungan mereka,” katanya.
@mstarmalaysia Wah! Syed Abdullah titip pesanan buat adiknya iaitu Syed Saddiq dan Bella Astillah. Tonton video penuh di link artikel yang disediakan sebab ada spill sikit tea tentang pasangan ini. #sembangentertainment #mstar #spacedollah #syedabdullah #syedsaddiq #bellaastillah
Tambahnya, dia amat mengenali adiknya dan ahli parlimen itu bukanlah seorang yang akan luangkan masa untuk sesuatu projek sebegini.
“Setakat ini, kami belum ada peluang lagi bercakap tentang (hubungan) Bella tapi saya pasti Saddiq akan reveal Insya-Allah tak lama lagi.”
Malah, SpaceDollah memberitahu karakter adiknya nampak berbeza sejak menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah.
Dia juga mengakui apa yang dilihat mengenai adiknya ketika ini sesuatu yang baharu baginya.
Sumber: mStar