Kecoh di media sosial sejak semalam pendedahan seorang pelakon dan pengacara, Myra Natasya membuat pendedahan bahawa Halim Othman tidak pernah berkahwin dengan ibunya sekali gus mendedahkan dia sebenarnya anak luar nikah kepada penyampai radio itu.
Susulan itu, media cuba menghubungi penyampai radio terbabit bagi mendapatkan ulasan serta respon lanjut daripada tuan badan itu sendiri.
Dedah sudah setahun lebih tidak berjumpa
Halim bagaimanapun lebih selesa tidak memberi sebaran komen berhubung pendedahan Myra Natasya.
Artikel berkaitan: Myra Natasya Dedah Halim Othman & Ibunya Tak Pernah Berkahwin
Artikel berkaitan: “Memang cepat & mudah tapi…” – Peguam Syariah Jelaskan Kesan Nikah Luar Negara Pada Status Anak
Katanya, dia sudah lama tidak berjumpa anaknya itu dan mendakwa Myra berada dalam keadaan tidak sihat dan meminta pelakon itu berjumpa dengannya atau ibunya bagi membincangkan isu berkenaan.
“Secara asasnya saya tiada komen lanjut. Dia tidak sihat, saya hanya mahu dia jumpa saya atau ibunya. Saya tidak pernah berjumpa dia setahun lebih,” katanya.
Kata Halim lagi, dia meminta isu yang dibangkitkan tidak perlu dipanjangkan kerana ia melibatkan banyak pihak.
“Rasa letih bila isu ini timbul semula. Saya nak tutup cerita ini. Kita move on, tidak perlu dipanjangkan lagi. Kita kena jaga sensitiviti banyak pihak,” jelasnya.
Menerusi pendedahan Myra di Instagram Story, Halim didakwa menukar status sijil kelahiran dengan mengisi namanya pada bahagian maklumat bapa yang sebelum ini kosong.
Sumber: mStar