in

“Saya nak cabar diri saya” – Pemegang Ijazah Perakaunan UTAR Antara Yang Lulus Komando

syaz ft 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak ramai antara kita yang sanggup untuk menyertai atau melibatkan diri dalam dunia ketenteraan.

Terbaru, seorang graduan jurusan perakaunan berjaya menamatkan latihan asas Komando dan lebih manis lagi, dia merupakan satu-satunya penuntut berbangsa Cina dalam Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024.


Artikel berkaitan: “Allah gerakkan hati saya” – Anggota Tentera Dipuji, Pertaruh Nyawa Selamatkan 2 Individu Terjatuh Jambatan

Artikel berkaitan: Lelaki Dakwa Diri Komando Mencarut Lepas Mengurat Gadis Tapi Tak Dilayan

Leftenan Muda Chan Ming Youn daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) antara sembilan pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dianugerahkan beret hijau serta pisau komando dalam perbarisan tamat latihan di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, Melaka pada Ahad lalu.

Dalam video yang dikongsikan oleh Berita Tentera Darat di Facebook, pemuda berusia 25 tahun itu berkata, mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia ketenteraan dan berazam mahu berbakti untuk negara selepas mula berkhidmat sebagai anggota 515 Askar Wataniah.

“Saya tak ada ilmu pun tentang komando, mula berkhidmat dalam 515 Askar Wataniah dan daripada situ saya pijak ke dalam dunia ketenteraan ini.

Selepas itu, saya diperkenalkan dengan dunia komando, jadi saya nak cabar diri walaupun asal anggota Wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando.

Matlamat saya adalah teruskan berkhidmat, pergi kursus kepakaran dan berharap agar boleh menjadi komando yang berkualiti,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun mendapat lebih 28K tanda suka serta lebih 940K tontonan.

Respek!

Sumber: Facebook 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.