Semalam, Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah di mana mereka menjuarai Mobile Legends: Bang Bang Mid Season Cup 2024 (MSC MLBB 2024) buat julung kalinya.
Kejohanan yang diadakan di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu menyaksikan SRG mencatat kemenangan 4-3 ke atas pasukan Filipina Falcons AP Bren Sport.
Artikel berkaitan: Suasana Mengalahkan Final Euro, Sorakkan Gemuruh Peminat SRG Tempah Tiket Final Esports World Cup
Artikel berkaitan: “Bukan prank!” – M.Nasir ‘Join’ Team RSG Malaysia Untuk Mobile Legends: Bang Bang!
Apa yang membuatkan ianya lebih bermakna, pemain jungler SRG, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali sebagai Sekysss turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam kejohanan tersebut.
Dalam satu temu ramah bersama streamer ternama @ombonghaha, Sekysss berkongsi dia ingin menyimpan wang yang dimenanginya itu dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASB).
@ombonghaha JIKA JUARA SEKYS MAU BUAT APA DUIT TU? #MLBBMSC #MLBBNEXTCREATOR #mlbb #mobilelegendsbangbang #KakiGaming #gamingontiktok #mlbbhighlights #msc2024
“Kalau menang saya rasa saya just saving sebab saya muda lagi, for now memang nak simpan dekat ASB,” katanya.
Meskipun baru berusia 17 tahun, anak muda itu dilihat tidak terlalu beria untuk membeli kereta atau apa-apa barangan mewah lain.
Dalam temu ramah lain, Sekysss berkongsi dia tidak menyangka dia mendapat wang sebanyak itu dan hanya mahu fokus untuk membantu keluarga dan menyimpan untuk masa akan datang.
View this post on Instagram
Sebagai info, SRG mendapat durian runtuh apabila membawa pulang trofi kejuaraan serta hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta).
Mantap anak muda! Tahinah SRG!