Rasanya ramai yang dah sedia maklum akan kontroversi yang melanda juara Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad yang telah bernikah buat kali kedua dengan seorang ibu tunggal anak lapan tanpa redha isteri pertama.
Isu ini telahpun diperjelaskan Da’i Farhan semalam di Instagram yang mengatakan dirinya telah difitnah perunding kewangan, Ches Al Maliki kerana tidak mengizinkan isterinya membeli rumah dengan wanita tersebut.
https://www.instagram.com/p/B5ULDL7g-n3/
Pun begitu, tidak mahu isu ini terus berlanjutan, isteri pertama Da’i Farhan, Fatin semalam telah memuat naik posting di Facebook untuk meluahkan sisi cerita ini daripada pihaknya pula.
“Posting ini saya karang sejurus saja balik dari klinik, check up bayi dalam kandungan…”
“Akad nikah yang diadakan di Mekah saya tahu dari IBU mertua saya”
“Saya mohon kepada rakan semua, hentikanlah segala tohmahan kepada saya, keluarga dan suami”
Sedih pula baca luahan hati isteri pertama Da’i Farhan ni. Apa-apapun marilah kita doakan semoga mereka sekeluarga tabah dalam hadapi dugaan dan semuanya baik-baik saja. Amin…
Baca: “Dendam saya tak izin isteri ambil ASB dengan dia” – Da’i Farhan Perjelas Isu Kahwin Janda Anak 8