in

“Saya menyesal” – Kakak Pemandu Honda Jazz Mohon Maaf, Akui Emosi Buat Posting Pertahankan Adik

kakak pemandu honda jazz mohon maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kakak kepada pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut di Senawang, Negeri Sembilan tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada keluarga mangsa dan juga rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat berhubung insiden terbabit.

Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita itu mengakui kesilapannya yang begitu emosi dalam mengeluarkan komen sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.


Artikel berkaitan: “Saya akan tampil sebagai saksi demi keadilan mangsa”- Saksi Kongsi Detik-detik Ketika Kemalangan Akibatkan 2 Remaja Maut

“Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.

“Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya sambil menangis.

Screenshot 2025 03 10 093411

Menerusi hantaran berlainan, pihak keluarga telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada pihak mangsa dan mengaku bersalah serta reda dengan apa yang berlaku selepas ini.

“Saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata daripada anak buah saya. Kami sendiri tidak tahu menahu yang dia ada berbalas komen dan membuat statement begitu.

“Kami sekeluarga mengaku kami berada di pihak yang salah, kami tidak menegakkan benang yang basah. Kami mengaku dan kami reda.”

Mereka juga berharap netizen memaafkan keterlanjuran komen yang dibuat oleh kakak kepada pemandu Honda Jazz.

Dalam pada itu, mereka meminta orang ramai tidak menyebarkan muka ahli keluarga yang lain berhubung isu ini.

Screenshot 2025 03 10 093138

Terdahulu, kakak kepada pemandu Honda Jazz telah membuatkan orang ramai marah susulan memuat naik beberapa posting seolah-olah mempertahankan adiknya berhubung insiden itu.

adiik GlhXUYWbAAA3 GE

Sebelum ini seorang pemandu remaja lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu terlibat dalam kemalangan setelah gagal berhenti di lampu isyarat merah.

Kejadian tersebut dirakam oleh dashcam kenderaan lain yang menunjukkan kereta dipandu laju merempuh penunggang motosikal.

Kejadian berlaku pada Khamis lalu yang mana dua mangsa maut di lokasi kejadian ialah Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16.

Manakalan dua lagi mangsa lain termasuk penumpang Honda Jazz tersebut dilaporkan cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.