in

“Saya menafikan mereka tetap tidak puas hati” – Ibu Zayn Rayyan Dakwa Digertak Oleh Pihak Polis

ft ismanira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf mendakwa bahawa dirinya telah dipaksa dan didesak oleh pihak polis untuk mengakui perkara yang dia tidak pernah lakukan semasa disiasat ketika ditahan reman.

Ketika memberikan keterangan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, Ismanira mengatakan yang dia ada beri kerjasama yang baik sepanjang proses soal siasat namun kenyataan yang dia berikan tidak memuaskan hati mereka.


Artikel berkaitan : “Ini semua mengarut” – Bapa Zayn Rayyan Kecewa Dengan Polis

Artikel berkaitan : Kes Zayn Rayyan: Ismanira Menangis Selepas Diperintah Bela Diri

“Mereka menuduh saya dan mengarang cerita, perkara saya tidak lakukan. Mereka reka cerita yang saya sebenarnya telah menjumpai anak saya dan saya membunuh anak saya sendiri, dan apabila saya menafikan mereka tetap tidak puas hati.”

Ismanira juga menyatakan yang dia telah dipaksa membuat pengakuan bersalah membunuh anaknya ketika sesi soal siasat yang dibuat di satu lokasi yang dipanggil safe house.

“Saya beritahu (Majistret) yang saya tidak rela untuk dibawa berjumpa dengannya. Saya dipaksa, digertak polis untuk membuat pengakuan itu dan tuan Majistret menerima pengakuan tidak bersalah saya.”

Sebelum ini, Ismanira bersama suaminya iaitu Zaim Ikhwan Zahari yang juga sebagai penjaga kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan mengabaikan kanak-kanak itu sehingga berisiko menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, hingga ke lokasi anak sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokannya.

Screenshot 2025 07 22 132327

Pertuduhan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semalam, Mahkamah Sesyen telah melepas dan membebaskan Zaim selepas mereka mendapati bahawa tiada elemen pengabaian yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan sementara Ismanira pula diperintah untuk membela diri kerana wujudnya kes prima facie terhadapnya.

Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kediamannya kira-kira 200 meter dari Blok R, pada malam keesokannya.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.