Viral gambarnya dikatakan menyambut hari lahir secara picnic bersama beberapa rakan di tepi pantai, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Ketari, Young Syefura terima kecaman hebat daripada rakyat terutamanya di media sosial apabila beliau dengan terang-terangan tidak mengamalkan SOP PKPB.
Isu itu bangkit dan mula tersebar selepas beliau sendiri telah memuat naik gambar-gambar sambutan hari jadinya di Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang itu di Instagram peribadinya.
Laporan dibuat, telah hadir ke IPD
Menurut Harian Metro, beliau telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk diambil keterangan pada jam 9.15 malam tadi bersama lima rakan selepas laporan polis dibuat terhadapnya.
Malam ini (tadi), saya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi memberi keterangan susulan laporan polis dibuat terhadap saya kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).”
Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya x menggunakan sebarang kelebihan sbg seorg wakil rakyat utk bergerak di dlm Selangor, negeri saya bermastautin. Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan sy melanggar sebarang SOP Covid-19. Tq.
— Rara ? (@youngsyefura) November 9, 2020
Harap tak ada ‘double standard’
Hadir ditemani peguam, Syahredzan Johan untuk memberi keterangan, beliau dikatakan memberi kerjasama penuh kepada polis dan berhadap siasatan yang dilakukan ke atasnya tiada unsur ‘double standard’.
Saya serahkan kepada polis dan pendakwa raya dalam menentukan tindakan undang -undang akan dikenakan terhadap diri saya.”
Harap tindakan itu adil dan saksama tanpa layanan berbeza-beza walaupun saya seorang wakil rakyat. Saya merasa kesal dan memohon maaf atas apa yang berlaku.”
Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).