in

“Saya juga mangsa…” – Suami Heliza Helmi Nafi Terlibat Skim Pelaburan Patuh Syariah

suami heliza helmi scam skim pelaburan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman kembali menjadi bualan hangat netizen selepas dikaitkan dengan skim pelaburan yang didakwa telah menipu ratusan orang pelabur.

Susulan itu, Mahadi yang juga ahli perniagaan tampil menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan dia bukan pengendali skim penipuan pelaburan tersebut.


Jelasnya dalam satu sidang media di Pejabat Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), peranannya hanyalah sebagai wakil atau ‘jambatan’ yang memperkenalkan pelabur kepada syarikat terbabit.

Artikel berkaitan: 140 Orang Pelabur Rugi RM43 Juta Dalam Pelaburan Patuh Syariah, Seorang Suami Selebriti Tempatan Dikesan Jadi Dalang

Artikel berkaitan: “Mahadi tiada lesen” – Suruhanjaya Sekuriti Jawab Isu Nama Suami Heliza Helmi Dalam Senarai Amaran

“Segala urusan pelaburan termasuk pembayaran dan penyerahan dokumen dilakukan secara langsung antara pelabur dan syarikat. Saya tidak pernah memegang wang pelabur atau terlibat dalam urusan kewangan mereka.

“Saya bukan pengasas bukan pemilik syarikat dan bukan orang yang mengumpul duit. Saya hanyalah perantara jambatan yang menyambungkan pelabur kepada syarikat yang saya sendiri percaya pada waktu itu,” katanya.

WhatsApp Image 2025 05 05 at 2.3

Dakwa turut melabur RM20.7 juta

Mahadi juga mendakwa dia turut menjadi mangsa skim pelaburan itu apabila telah melabur lebih RM20.7 juta dalam dua entiti yang berkaitan antara tahun 2021 hingga 2023, hasil keyakinan terhadap dokumentasi dan struktur syarikat berkenaan.

“Kami diberi taklimat oleh pihak syarikat, lengkap dengan surat perjanjian, pengesahan penasihat syariah dan semua dokumen yang nampak teratur.

“Kalau tidak, saya sendiri tidak akan berani melabur sebanyak itu,” tambahnya.

Mahadi turut mengakui berasa sangat bersalah kerana telah memperkenalkan skim tersebut kepada ramai kenalan dan rakan-rakan yang kini turut menjadi mangsa.

“Saya rasa sangat bersalah. Ramai kenal saya dan percaya kepada saya. Saya pula percaya kepada syarikat itu tapi akhirnya saya pun terkena,” ujarnya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Menurut Mahadi lagi, dia tersentuh apabila melihat ramai mangsa yang terdiri daripada pesara, ibu tunggal dan individu yang menggunakan wang simpanan terakhir datang mengadu dalam keadaan menangis.

Sumber: Malaysia Gazette

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.