Disebabkan kesukaran dan kesempitan dari segi kewangan, seorang bapa di Indonesia buntu dan terpaksa menawarkan ginjal (buang pinggang) sendiri untuk di jual kepada orang ramai demi menampung kos rawatan anaknya yang kena tumor dalam otak. Allahuakbar.
Foto menyentuh hati yang memaparkan bapanya menggantung bunting buatan sendiri untuk iklan kan ke khalayak ramai nak jual ginjal di pintu masuk pelabuhan Tanjung Balai Karimun di Riau viral baru-baru ini.
Kesempitan wang, offer jual ginjal
Menerusi Coconuts, Eli Kristanto 59 yang bekerja sebagai pegawai sekuriti terpaksa melakukan perkara sedemikian sebab nak cari duit untuk pulihkan anaknya Elandra Wiguna yang menghidapi barah otak.
Dalam satu temubual, Eli mengatakan yang dia dah buat macam-macam demi anaknya tapi tak ada sebarang perkembangan positif terhadap keadaan anaknya itu.
Dia mengalami kesulitan kewangan untuk mendapatkan rawatan buat Elandra sehingga dia memutuskan untuk menjual salah satu buah pinggangnya untuk terus dapat menampung perbelanjaan perubatan dan mendapatkan anaknya rawatan terbaik.
Tambah Eli, kerajaan daerah Karimun ada memberi bantuan kepadanya, tetapi masih belum mencukupi untuk menampung semua kos perubatan.
“Itu sebab lah saya ambil inisiatif jual buah pinggang saya ini untuk kos perubatan anak saya. Sekarang ini apa yang ada dalam minda saya cuma nak pastikan dia sembuh”
“So dia boleh melalui masa depan dengan baik sama seperti orang lain yang seumur dengannya”
Tambahnya lagi, dia tulis buat cara tu begitu sebab dia dah terdesak sangat dan tak tahu kat mana nak cari pembeli buah pinggangnya. Apa yang dia tahu orang ramai akan lalu lalang dekat pelabuhan tu setiap hari.
Selepas kisah Eli ni viral, pelbagai agensi kerajaan tampil memberi respon yang Elandra pernah menerima rawatan di Muhammad Sani Regional General Hospital (RSUD) tetapi dia dihantar pulang kerumah pada 23 jun lepas.
Bukan tak dapat bantuan tapi….- Pengarah Hospital
Menurut pengarah hospital itu, ia bukan kerana kos perubatan Elandra tidak dibayar tetapi dia terpaksa dipindahkan ke hospital di Batam untuk rawatan lanjut yang memerlukan beberapa proses permohonan.
Bagaimanapun, akibat penularan kisah mereka juga Agensi Kesihatan Karimun dengan segera bahawa Elandara ke Hospital Muhammad Sani dan dia dah menjalani pembedahan semalam selepas doktor membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan disitu.
Sungguhpun masih belum ada kepastian mengenai laporan pembedahan dan kejayaannya, pihak hospital mengatakan Elandra masih dalam keadaan kritikal dan berada di peringkat pemulihan tapi keadaan dia sekarang stabil.
Cerita sebenar
Pengarah hospital, Zulhaldi mengatakan masa Elandra buat pembedahan semua bayaran dah ditanggung oleh kerajaan daerah dan agensi kesihatan.
Tambah Zulhadi, mereka akan membantu keluarga Elandra memohon Sijil Keperluan (SKTM) supaya semua yuran perubatannya dapat dilindungi.
Beliau berkata, bahawa SKTM diperlukan untuk menampung kos pemindahan Elandra yang yang sepatutnya ke Batam untuk rawatan susulan, dan kini dia telah dihantar pulang dari hospital pada 23 Jun untuk menunggu pelepasannya ke tempat tersebut.
Sementara nak tunggu pelepasan tu Elandra, keadaannya pastinya tak stabil lagi.
Jadi Eli pula nak dapatkan rawatan buat anaknya dengan lebih cepat, itu sebablah dia nak jual buah pinggangnya, padahal tak patah pun.
Di Indonesia, menjual organ sendiri itu dah dianggap satu perbuatan jenayah. Ia dah menyalahi undang-undang. Bahkan menurut sumber, ia bukan kali pertama orang Indonesia nak jual buang pinggang sendiri sebab nak sara anak.
Malah kes macam Eli buat iklan macam ni bukanlah pertama kali disitu, ada juga kes sebelum ni yang bapa nak tampung kos rawatan anak dan ada juga yang nak jual buah pinggang ni sebab nak tampung kos pendidikan anak.
Baca : Sedih! Dah Genap Setahun Dewi ‘Pergi’ Ayah Kongsi Momen Akhir Bersama Anak