in

“Saya harap tak tersebar lagi” – YouTuber Mohon Video Tular Pasal Hari Raya Dipadamkan

ft fatin zakki video viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita scroll  media sosial akan ada muncul semula satu video lama yang pernah viral beberapa tahun lepas. Video yang menunjukkan dua orang wanita ingin beraya ke rumah salah seorang sahabat mereka.

Dalam video tersebut, kedua-dua wanita berada di dalam sebuah kereta dan pemandu ingin cuba hubungi rakannya setelah sampai di rumah rakan mereka itu.  Pemandu tersebut cuba berjenaka namun tanpa diduga, ibu rakannya itu yang menjawab panggilan tersebut.


Apa yang membuatkan tuan empunya video yang duduk di sebelahnya terhibur adalah melihat reaksi rakannya itu yang terkejut dan terus berkelakuan sopan.

 

Tak selesa, mohon henti sebar

Melihat reaksi mereka berdua, ramai netizen begitu terhibur yang menjadi penyebab ianya tular. Video asal yang dimuat naik di saluran YouTube milik wanita yang dikenali sebagai Nur Fatin Zakki itu telahpun dipadamkan.

Bagaimanapun, keratan video tersebut masih berlegar-legar di mana-mana platform media sosial namun begitu ternyata ia membuatkan Fatin Zakki rasa tidak selesa. Luahan itu ada dibuat menerusi IG Story miliknya.

Difahamkan, klip video tersebut buatkan kali pertama ianya tular. Fatin Zakki menjelaskan bahawa pihaknya sudah menghubungi mana-mana platform yang kongsikan klip tersebut untuk padamkannya semula. Katanya dia sudah memberikan penjelasan ini beberapa kali.

Screenshot 2023 03 09 163834

“Saya harap video itu tak dikongsikan lagi, tapi sudah semestinya tak mampu untuk dapat hubungi semua, ada yang abaikan pemintaan saya dan fikirkan yang mereka ada hak untuk muat naik video itu.”

“Kami dah hadap hal ini bertahun-tahun. Bagaimanapun, untuk kali ini saya tak mampu nak kawal. Mungkin pada saat ini, saya tak ada kapasiti mental dan kekuatan yang cukup untuk harungi perkara ini.”

“Anda mungkin rasa yang, oh itu cuma video kelakar, tak ada apa-apa pun, jadi bawa bertenang sebab tak ada apa yang serius.”

“Bagaimanapun, ia sangat serius untuk saya, terutamanya kawan saya. Dan saya ada orang yang bertanggungjawab dalam hal ini sebab saya yang muat naik dengan tidak terfikir bahawa ia boleh merebak seluas ini.”

Kata Fatin, dia rasa serba salah terhadap kawan-kawannya setiap kali video itu tular, katanya setiap tahun pasti akan ada pihak muat naik, ia berlaku banyak kali setiap tahun.

“Kalau saya sorang tu lain cerita, tapi ini melibatkan kawan-kawan saya dan mereka rasa sangat tak selesa bila ianya tular.”

Fatin Zakki turut memohon maaf kepada dua orang rakannya yang terlibat dalam video tersebut, dia sangat bimbang jika perkara ini telah menjejaskan hubungan persahabatannya dengan rakannya itu.

Fatin Zakki juga meminta agar orang ramai yang ternampak video tersebut, doakan kesejahteraan ibu kepada rakannya (orang yang menjawab panggilan/ibu rakan dalam telefon) ‘disana’.

“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman yang mulia di sisi Allah SWT & dijanjikan syurga sebagai ganti tampat tinggalnya.”

Dalam pada itu, Fatin Zakki juga memohon orang ramai untuk doakan juga buat adiknya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada baru-baru ini. Al-fatihah.

Baca : [VIDEO] Sedih & Lawak! Pemandu Grab Tak Sengaja Tinggalkan Penumpang Lepas Tolong Rider Accident

ft grab tak perasan

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.