in

“Saya hanya dapat sahkan selepas ujian cap jari” – 3 Kali Pengecaman, Bapa Baru Dapat Sahkan Jenazah Anak

3 kali pengecaman jenazah anak UPSI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seluruh negara masih berduka dengan kemalangan ngeri yang telah meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti hari raya.

Pada awal pagi, 13 jenazah dikumpulkan di Masjid Hadhari, Jerteh yang dihadiri lebih 3,000 orang untuk melaksanakan solat jenazah sebelum kesemua dikebumikan di kampung masing-masing.


Artikel berkaitan: 13 Jenazah Penuntut UPSI Tiba Di Masjid Hadhari Jam 3 Pagi, Lebih 3,000 Jemaah Laksana Solat Jenazah

Artikel berkaitan: “Arwah simpan cita-citanya sejak kecil untuk jadi pendidik” – Hafizah Al-Quran Antara Yang Terkorban Nahas Bas Di Gerik

hm9mangsaaa 1749478288

Hanya dapat sahkan jenazah anak selepas 3 kali pengecaman

Bapa salah seorang mangsa terkorban menyatakan dia hanya dapat mengesahkan jenazah anaknya selepas tiga kali membuat pengecaman.

“Saya hanya dapat mengesahkan jenazah adalah anak saya selepas membuat ujian cap jari,” kata Rosdi Yunus, 56, bapa kepada Fakhrul Arif, 20.

arif 1749519529

Menurutnya, pengecaman pertama dilakukan menerusi gambar pada jam 12 tengah hari (semalam) namun dia tidak dapat mengesahkan anaknya.

Katanya, dia sekali lagi diminta membuat pengecaman untuk kali kedua jam 3 petang namun masih gagal mengecam jenazah anak keempat daripada lima beradik.

“Pengecaman kedua melalui pakaian tapi saya tidak dapat mengecam sehingga diminta membuat ujian cap jari.

“Apabila keputusan keluar, memang sah anak saya dan saya terima keputusan itu,” katanya.

Pada awalnya, Rosdi dan keluarga bercadang membawa jenazah anaknya ke kediaman mereka terlebih dahulu namun terpaksa menukar perancangan itu kerana keadaan jenazah yang uzur.

“Masjid ini jadi lokasi terakhir arwah anak dan penuntut yang lain berkumpul untuk pulang ke kampus dengan menaiki bas.

“Hari ini, masjid ini juga menjadi tempat terakhir mereka sebelum kesemuanya dikebumikan di kampung halaman masing-masing,” katanya.

Difahamkan, jenazah Fakhrul Arif selamat dikebumikan jam 4.30 pagi tadi.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.