in

“Saya hanya bekerja” – Johan Enggan Ulas Isu Gurauan DJ Radio, Serah Kepada Pengurusan

Johan Dj Radio Gurauan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sejak semalam di laman media sosial mengenai penyampai radio di sebuah stesen radio swasta iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) yang dikatakan melakukan gurauan atau sindiran terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam video tular itu, difahamkan bekas Menteri Kesihatan itu mempromosi dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).


Namun, apa yang menjadi perhatian dan kurang disenangi oleh segelintir pihak kerana caranya ‘bermanifesto’ sambil disambut tawa oleh dua lagi penyampai radio iaitu Johan dan Fara Fauzana.

Artikel berkaitan: “Tiada keperluan ke dunia politik” – Tak Kisah Diusik ‘Rosak’, KJ Selesa Dengan Kerjaya Sekarang

Artikel berkaitan: “Sangat efektif!” – Johan Uji Jalan Di Arafah Selepas Ia Dinaik Taraf, Macam Ada ‘Spring’

@khairykj

HARI INI SAYA MENANG…..👀 SAYA ULANG….. #KJ4abpbh #abpbh36 #khairyjamaluddin #malaysia #fypmalaysia #fyp #trending

♬ original sound – Khairykj – Khairykj

Johan enggan ulas isu

Susulan itu, Johan sebagai salah seorang penyampai radio ketika itu tampil membuka mulut mengenai isu terbabit.

Katanya, dia enggan mengulas lebih lanjut perkara itu kerana hanya bekerja dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menjawab isu tersebut.

“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Johan menerima komen berkenaan dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu peringatan agar tidak terlalu selesa dalam menjalankan tugas.

“Saya dah lama dalam industri. Sudah pelbagai yang saya tempuhi.

“Perkara begini saya anggap Allah jentik supaya beringat. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita lakukan,” katanya.

Isu ini juga menyebabkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati mahu memboikot stesen radio berkenaan.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.