in

“Saya fikirkan perasaan mak saya” – Aina Abdul ‘Puasa’ Pakai Fesyen Pelik Lepas Terima Nasihat Ibu

Ft Aina Abdul Puasa Fesyen Pelik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai yang mengenali penyanyi popular, Aina Abdul yang sering dikaitkan dengan fesyen pelik yang digayakan sewaktu hadir ke pementasan anugerah ataupun majlis seperti Big Stage 5.

Bagaimanapun, busana yang diperagakan oleh Aina kerap menjadi bualan warganet di media sosial yang rata-rata mengkritik serta mengecam pemilihan fesyennya itu.


Baru-baru ini, Aina akui terpaksa akur kepada permintaan netizen dan bersederhana dalam berpakaian selain tidak mahu kecaman berkenaan memberi kesan terhadap ibunya.

353753737 256953263588422 2652492591026233308 N 820X1024 1

“Saya juga manusia biasa, saya ada hati sama juga macam semua orang, rasa tak seronok bila kita buat sesuatu, kita asyik fikir apa orang suka dan tak suka. Saya sebenarnya sudah letih dengan kecaman sedemikian.”

“Memang betul kena abaikan haters tapi saya kena fikirkan juga perasaan mak saya memandangkan mak saya sentiasa mengikuti perkembangan saya di platform media sosial, mak baca komen,” jelasnya.

Menurut Aina, antara salah satu sebab dia memilih untuk tidak berlebihan dalam berfesyen adalah setelah dia menerima nasihat yang mendalam daripada ibunya sendiri.

Screenshot 2023 06 13 At 9.37.52 Am

“Mak cakap, tak payahlah (pakai baju pelik), pakai biasa je, makin lama orang membenci, itu semua doa,” kata Aina.

Dalam pada itu, Aina menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang dibawanya sejak sekian lama dan memilih untuk mengenakan fesyen pakaiannya yang pelik ketika konsert A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena nanti.

“Sejujurnya saya ada macam-macam idea baju untuk Big Stage tapi takpelah saya simpan dan pakai masa konsert saya sendiri nanti,” jelasnya.

Mungkin ada betul juga sebab mesti ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka!

Sumber : Instagram, Kosmo!

Baca : “Korang nilailah sendiri” – Aina Abdul Dikritik Lagi, Ganggu Penglihatan Penonton Di Big Stage

Ft Aina Abdul 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.