Sebelum ini kecoh, tentang produksi filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ‘menyingkirkan’ pengarah asalnya, Areel Abu Bakar. Perkara itu menimbulkan keraguan terhadap Studio Kembara yang merupakan syarikat produksi filem berkenaan.
Artikel berkaitan: “Ingatkan Mat Kilau remake” – Ramai Kagum Lihat Kualiti Iklan Baju Melayu Lakonan Beto Kusyairy
Artikel berkaitan: Adi Putra Dedah Tidak Terima Bonus Filem Mat Kilau Walaupun Kutipan Cecah RM90 Juta
Menerusi laporan Harian Metro, antara tunjang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Beto Kusyairy berkata syarikat tersebut seharusnya lebih telus dan jujur dalam perkara ini untuk mengelakkan persepsi negatif orang ramai serta pemain industri.
“Keputusan untuk singkirkan pengarah itu harus lebih telus dan jelas supaya individu yang terbabit itu boleh terima. Dalam hal ini kita harus berlaku adil sebab kita baru dengar sebelah pihak sahaja.
Jangan singkirkan tanpa alasan yang kukuh. Bila tak ada sebab, orang akan nampak benda negatif pada produksi terbabit. Jadi mereka kena buat sesuatu,” katanya.
@mediahiburanofficial Malas Nak Kisah Dan MOVE ON! Beto Kusyairy Harap Nadhir Habiskan Mat Kilau #MediaHiburan #MHnews #fyp #berandatiktok
Beto yang memegang watak Wahid dalam filem pecah panggung itu mengakui terkilan dengan isu yang terkait dengan syarikat produksi tersebut.
“Saya sangat sedih dengan kejadian yang menimpa pengarah serta naskhah itu sendiri tapi entahlah saya malas nak ambil tahu puncanya kerana saya dah ‘move on’.
Cuma saya terkilan kerana isu yang berlaku itu menimpa kepada rakan-rakan kita dalam industri. Apapun saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
Selain itu, Beto turut berkongsi dia ada bertemu dengan beberapa krew produksi serta pelakon filem yang diberi judul Pendekar Awang itu, antaranya pengarah Areel Abu Bakar serta pelakon muda, Nadhir Nasar.
Dia berpesan agar menghabiskan penggambaran filem tersebut dan jangan membiarkan ada rekod buruk sebagai seorang pelakon serta lakukan kerja sehabis baik selagi tidak digugurkan.
Sebagai info, penerbit filem tersebut, Shahruddin Mt Dali memaklumkan, penamatan kontrak Areel ketika penggambaran sedang berjalan dilakukan atas sebab tertentu, bukan masalah peribadi.
Sumber: Harian Metro