Selain ia menjadi platform untuk melihat isu semasa, perkara lucu dan sebagainya, TikTok juga dijadikan platform untuk online shopping.
Bagaimanapun, bagi mereka yang ada TikTok, korang pasti tahu akan peraturan ketat yang platform itu telah tetapkan. Penggunaan suara, imej dan ayat-ayat tertentu perlu diambil kira sebagai langkah berhati-hati jika tidak mahu video diturunkan dengan tiba-tiba.
Artikel berkaitan : Pernah Tular Di TikTok Kerana Berkahwin Dengan Lelaki Tua, ‘Nik Sayang Warga Emas’ Meninggal Dunia
Artikel berkaitan : Kakak Bella Direman Polis, Didakwa Sebar Gambar Kanak-kanak Ketika ‘Live’ TikTok
Mungkin selama ini ramai anggap yang peniaga TikTok ini dengan sengaja suka sebut perkataan yang pelik dan bunyinya menyimpang daripada yang asal. Misalnya, dalam satu video sketsa yang dibuat oleh Rico Rinaldi ini.
Dalam video tersebut, seorang wanita pergi ke butiknya untuk mencari baju yang nudey-nudey, menurut Rico Rinaldi, sketsa ini merujuk kepada pengguna TikTok kerana dikatakan mereka ada sebutan tersendiri bagi perkataan tertentu.
Warna nudey (sebutan seperti new-day) yang dimaksudkan ada warna Nude (sebutan seperti niud).
Yang ada TikTok je tau warna apa ni ? pic.twitter.com/jj38A76vVg
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) March 19, 2024
Dilihat ramai netizen yang boleh faham situasi ini dan sebenarnya mereka dikatakan sebut perkataan nudey itu bukanlah sebab mereka ini broken english tetapi ia memang disengajakan.
Seperti yang diperkatakan tadi, aplikasi TikTok sangatlah tegas. Jadi ada kebarangkalian boleh terkena banned daripada TikTok kerana istilah itu.
Seperti sedia maklum, istilah nude ini terbahagi kepada 2 maksud, maksud utama dalam kamus bahasa rasmi adalah bogel dan satu lagi adalah warna kulit untuk pakaian.
Penggunaan ayat itu mungkin termasuk dalam garis panduan yang dilarang dan ada kemungkinan ia dikategorikan dalam seksual. Jadi itu sebablah mereka menukar sendiri istilah itu kepada sebutan lain untuk dielak kena banned.

Sebenarnya banyak lagi ayat yang tak boleh disebut dan mungkin ia mencuit hati korang, platform media sosial lain pun tak boleh sebut tau dekat TikTok tu.
Sumber : X
