in

“Saya buat perkara yang tak terjangkau di fikiran” – Vivy Pilih Untuk ‘Private’ Akaun IG

Vivy Yusof Private Akaun Ig

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menerima pelbagai kecaman dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta, Vivy Yusof akhirnya memilih untuk melalui kehidupan dengan lebih privasi.

Menerusi posting di Instagram semalam, Vivy memaklumkan bahawa dia kini meletakkan akaun Instagramnya dalam mod ‘private’ atau peribadi kerana tidak mahu kehidupannya diketahui ramai lagi.


Screen Shot 2020 10 23 At 2.29.58 Pm

Saya tutup pintu untuk orang tahu tentang kehidupan saya kerana tiba masanya untuk lakukan ini dengan cara yang berbeza,” katanya.

Artikel berkaitan: Vivy Yusof & Suami Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100K Seorang

Artikel berkaitan: SPRM Beku Akaun RM 1.1 Juta Milik Vivy & Fadza, 11 Beg Tangan Serta Jam Tangan Mewah Disita

Vivy lakukan sesuatu yang tidak pernah terjangkau di fikirannya

Menurut pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof, tindakan itu adalah sesuatu yang tidak terjangkau di fikirannya kerana sebelum ini dia dikenali sebagai seorang influencer yang terkenal.

Pada 20 tahun lalu, saya bermula dengan blog yang mana saya tidak sangka akan membuka begitu banyak peluang. 

“Ia membawa saya kepada penubuhan sebuah jenama dengan pasukan yang hebat, dan sebuah komuniti yang telah melihat jatuh bangun saya daripada seorang pelajar universiti kepada seorang isteri dan kemudian seorang ibu dan usahawan. 

“Saya telah berkongsi dan terlebih berkongsi tentang kehidupan saya hampir kesemuanya. Baik atau buruk, saya tidak pernah menyesal. Ini adalah jalan telah dipilih untuk saya, yang memberi banyak rezeki untuk keluarga saya dan keluarga lain juga. InsyaAllah,” katanya.

Vivy 1

Vivy Yusof juga telah memilih hari lahirnya sebagai permulaan bagi ‘era privasinya’ ini.

Era seterusnya ini akan menjadi sama menarik. Pada hari lahir saya, saya lakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikir untuk melakukannya, saya jadikan akaun saya ‘private’,” katanya.

Setakat ini, Vivy mempunyai 1.8 juta pengikut dengan lebih 12,000 posting yang telah dimuat naik di Instagram.

Rata-rata pengikut Vivy memberi kata-kata semangat kepadanya dan berharap semua akan berlalu dengan baik-baik sahaja.

Terdahulu, Vivy atau nama sebenarnya, Vivy Sofinas Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Bagaimanapun Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Sumber: Kosmo, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.